Shiro membeku ketika melihat sebuah menara yang sangat tinggi dan mewah.Dia kembali memeriksa GMAPS Supaya tidak tersilap tempat.Tempat yang di tuju terdapat sebuah Lambang Api yang menunjukan ini Agensi Endeavor.
"Apa betul kita kat tempat Onden-san?"Tanya Shiro dengan muka datar.
"Ye.Kita di tempat yang benar."Jawab Todoroki dengan muka datar juga.
Dia berjalan masuk ke sana selamba meninggalkan Shiro.
'Betul-betul Anak Sultan.Apa Sekuriti keselamatan kat sini bagus?Aku jadi ingin tau Kirari dapat hacker ke tidak sistem keselamatan di sini.'
Shiro mengikuti Todoroki dari belakang.Sepanjang perjalanan,Shiro kagum dengan hiasaan dan reka bentuk yang mewah.
Maklumlah,Dia kan orang gua.
Todoroki ketawa kecil apabila melihat Shiro seperti kanak-kanak kecil yang sedang pergi ke lawatan.
'Entah kenapa Shiro kelihatan comel.'
Klik!!
Shiro tersentak apabila cahaya mengambil gambarnya.Dia menoleh ke arah Todoroki yang menangkap gambarnya.
"Oi.Apa kau buat?"
"Kau macam budak-budak,Shiro.Comel aku tengok kau."Sakat Todoroki.
"Padamnya."
Blek!
Todoroki menjeling lidah padanya.Sepertinya Todoroki akan terlepas dari sikap cool-nya apabila melihat sisi comel Shiro.
"Kau tak guna!"
Shiro terus mengejar Todoroki yang melarikan diri di lorong.Para Pekerja yang melihat gelagat mereka hanya boleh sweatdrop sahaja.
'Itu Anak Endeavor bukan?'
'Kenapa mereka berlari kat tengah-tengah koridor ni?'
'Bukan ke itu Perempuan yang tampar Anak Endeavor?'
♦♦♦♦♦
Endeavor sweatdrop apabila melihat anaknya bersama kawannya,kelihatan lelah seakan-akan baru je lepas berlari.
"Kenapa dengan korang berdua?"
"Bukan urusan kau."
"Jangan ditanya boleh tak?"
Todoroki dan Shiro membalas pertanyaan Endeavor dengan dingin.Untuk mencairkan suasana tersebut,Endeavor bangun dari kerusinya lalu mendekati Todoroki.
"Akhirnya kau sampai juga,Shoto.Kau telah menapak di jalan yang benar."
Suasana menjadi panas kerana pertemuan antara anak-beranak tersebut.Shiro jadi tak pasti apa itu kerana Quirk mereka atau mungkin hubungan mereka yang memanas?
Selain itu,Shiro merasakan Pejabat Peribadi Endeavor sangat luas dan hanya memiliki Meja pejabat dengan meja kerusi tetamu.Kerana keluasan yang besar,Shiro jadi terfikir 'Apakah Endeavor bermain bola sepak berapi bila marah?'
Pakk!!
Todoroki menepis tangan Endeavor yang cuba memegang bahunya.Dia berikan tatapan dingin pada Endeavor.
"Aku tak menapak di jalan yang kau buat.Aku akan menapak di jalan yang aku pilih."Kata Todoroki dengan polos.Ini pasti pengaruh Shiro akibat menghabiskan masa lama sangat.
YOU ARE READING
White Snow Rabbit[BNHA x OC]
FanfictionGadis itu kesunyian... Rambutnya putih bagaikan salji turun dari langit... Kulitnya pucat bagaikan mayat.. Dia selalu bersendirian... "Ahh...Aku benci ni." Dirinya cuba melarikan diri dari genggaman Keluarganya Hero Busuk. Mereka bukan Hero. Mereka...