SETAHUN YANG LEPAS...
Bunyi Cardiac Monitor bergema di segenap wad itu. Di atas sebuah katil bersaiz queen, seorang gadis sedang terbaring lemah bersama Oxygen Mask tersarung dan drip yang dicucuk ke belakang tangan. Dadanya berombak lembut menarik nafas.
Alunan bacaan Yaasin kedengaran. Lelaki separuh abad masih berpakaian baju pejabat duduk di sebelahnya.
Setelah habis membaca Yaasin, diletak kembali Yaasin tersebut di laci meja. Wajah putih bersih anaknya ditatap.
Helaan nafasnya kedengaran berat. Dia tidak pasti sama ada berita yang diterimanya semalam adalah berita baik ataupun berita yang buruk.
Anaknya disahkan mengalami amnesia setelah satu kemalangan yang teruk menimpa anaknya.
Kepala anaknya terhantuk dengan kuat di atas jalan raya. Darah membuak-buak keluar.
Mengingatkan betapa teruknya keadaan anaknya ketika sampai di hospital sebulan yang lepas, luka yang telah kering berdarah kembali.
Kekura tangan anaknya dicapai. Dahi anaknya yang dibalut ditatap sedih.
"Maafkan ayah, Larissa."
Tangan kecil itu mula bergerak perlahan. Matanya membulat.
Pergerakan itu semakin jelas, segera butang di atas kepala katil ditekan. Beberapa minit, seorang doktor lelaki bersama seorang jururawat memasuki wad tersebut.
"Encik Luthfi, boleh duduk di sana? Saya perlu periksa sesuatu pada anak encik."
Laju kepalanya mengangguk. Sofa di hujung wad menjadi tempat punggungnya berlabuh. Tangan berkedutnya meramas sesama sendiri. Takut dan teruja bercampur baur.
Teruja kerana anaknya telah sedar. Takut kerana anaknya mungkin tidak akan mengingatinya lagi.
Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku. Sesungguhnya, pada Engkau aku berharap.
"Encik Luthfi, anak encik sudah sedar."
Cukup satu ayat itu, dia terbangun. Perlahan-lahan kakinya menuju ke arah katil di mana anaknya berada. Liur ditelan payah. Kalimah Allah tidak putus-putus membasahi bibir.
Setapak demi setapak, wajah anaknya semakin jelas di kornea mata. Bibir mula mengukir senyuman manis.
"L... Larissa..."
Bibir anaknya turut menguntum senyuman.
"Ay... Ayah."
.・。.・゜✭・.
"AYAH."
Encik Luthfi meletakkan tangannya di atas birai katil, cuba mengawal badannya yang hampir melurut jatuh.
Mutiara jernihnya jatuh ke pipi. Masih tidak percaya.
A... Anaknya masih ingat?
"Larissa? Larissa i... ingat ayah?" Tangannya ragu-ragu mahu letak di kepala Si Anak, senyuman lebar di bibirnya tidak dapat dibendung lagi.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
Romance[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...