𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆

2.5K 153 3
                                    

SETELAH pintu besi itu ditutup, keluhan kecil dilepaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH pintu besi itu ditutup, keluhan kecil dilepaskan. Rambutnya yang serabai dan semakin panjang, diikat.

Mengingat kembali wajah comel Raisha, senyuman kecil terukir. Persis mummynya sungguh.

Badannya disandarkan pada kepala katil usang itu. Siling bilik itu ditatap kosong.

KREK...

Keningnya terjungkit sebelah. Siapa pula yang membuka pintu biliknya malam-malam ni?

Seorang lelaki tegap menunduk hormat kepadanya. Hati mula berasa tidak enak. Seperti kenal sahaja wajah itu.

"Señor Lincoln."

Terkelu lidahnya mendengar sebaris nama itu.

"Quién es usted? (Kau siapa?)," soalnya. Posisi baring ditukar kepada posisi duduk. Dia memeluk tubuhnya sambil mata tajam memandang atas bawah lelaki di hadapannya ini.

"Soy Marcus. El Sr. Denzel me dijo que te llevara. (Aku Marcus. Tuan Denzel menyuruh aku ambil tuan)," terang lelaki bernama Marcus itu. Kepalanya ditunduk ke bawah.

Dia masih lagi dalam fasa terkejut. Bagaimana bapanya mengetahui akan kewujudan dia?

"Cómo... (Bagaimana...)."

"Sobre eso, debería preguntarle al propio Sr. Denzel. No tengo derecho a hablar mas. (Tentang itu, tuan harus bertanya pada Tuan Denzel sendiri. Aku tiada hak untuk bercakap lebih)."

Otak mula berfikir. Mahu ikut atau tidak?

"Lo siento, no puedo seguirte. Quiero sentarme aqui. (Maaf, aku tak boleh ikut kau. Aku mahu duduk di sini)." Dia memberi kata putus.

Dia sudah tekad. Sejak awal dia mengambil keputusan gila itu, dia sudah tekad. Dia tak mahu ada kena mengena lagi dalam keluarga itu.

Cukuplah, dia sudah cukup terseksa!

Kelihatan Marcus mengangguk perlahan.

"De acuerdo entonces. No puedo forzarte. (Baiklah jikalau begitu. Aku tak boleh paksa tuan)."

"Pero... (Tapi...)." Marcus mula mendekatinya. Badannya mula mengesot sedikit ke belakang.

"Puedo forzarte de esta manera! (Aku boleh paksa tuan dengan cara begini!)."

Mulutnya ditekup dengan kain yang sedikit basah. Badannya yang lemah tidak dapat melawan kudrat Marcus ketika ini. Mata mulai layu setelah menghidu bau dari kain itu.

Sempat telinganya menangkap suara Marcus mengarah beberapa orang untuk mengangkatnya.

Sempat telinganya menangkap suara Marcus mengarah beberapa orang untuk mengangkatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Happy reading! 🦋

𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now