Lucian mengemam bibir. Dia berdehem. Punggung diangkat dari sofa.
"Jom."
"Hah?"
Rengusan kasar terlepas dari dua ulas bibirnya. Larissa dijeling sekilas.
"Kata nak keluar, jomlah."
Memahami apa yang dikatakan Lucian, Larissa tersengih. Kepalanya digaru.
"Kejap tau, saya nak pergi siap. Tunggu saya!"
Lucian sekadar menggumam malas. Dengan tangan di dalam poket, dia berjalan keluar.
.・。.・゜✭・.
"WAH, fun fair!"
Lucian memandang kosong kawasan fun fair di hadapannya. Tali beg silang Larissa ditarik apabila gadis itu bertindak mahu berjalan meninggalkannya.
"Behave, Larissa. Kita beli tiket dulu."
Terkedek-kedek Larissa ingin mengikut langkah besar Lucian. Dia tak sedar ke bahawa kakinya pendek nak dibandingkan dengan Lucian yang kaki panjang seperti leher zirafah?
Mereka beratur untuk membeli tiket. Bibir mengukir senyum melihat beberapa kanak-kanak sedang bermain girang. Larissa tersedar dari lamunan tatkala tali beg silangnya ditarik Lucian.