Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PINTU wad itu dibuka. Kornea matanya tertancap pada sekujur tubuh yang terbaring lesu di atas katil. Dia melangkah lemah ke arah isterinya. Raut wajah itu sedang tenang tertidur. Pipi Larissa diusap perlahan, sebelum dia memberi kucupan hangat di dahi wanita kesayangannya.
"Aku minta maaf."
"Saya minta maaf, encik. Keadaan bayi terlalu kritikal. Tali pinggang keledar yang terbelit di leher bayi membuatkan bayi sukar bernafas. Kami sudah cuba melakukan yang terbaik, tetapi tak berjaya. Mungkin Allah lebih menyayangi anak encik."
Bait-bait kata dari doktor sebentar tadi benar-benar menghentikan jantungnya sesaat. Lucian menundukkan kepala dengan air mata bertakung di tubir mata.
Sekiranya ini mimpi, maka kejutkanlah dia. Sungguh, berita ini merupakan mimpi paling ngeri di dalam hidupnya.
"Maafkan aku, Larissa." Kalimah maaf tidak henti meniti di bibirnya. Kedua belah tangan Larissa dikucup berkali-kali. Dia tak tahu bagaimana keadaan isterinya apabila mengetahui Luciana telah tiada.
.・。.・゜✭・.
"AAA..."
"Aaaa..."
"Pandai anak mummy!" Larissa bertindak menggomol pipi Luciana. Digigit pipi gebu itu geram.
Mendengar rengekan Luciana, Larissa berhenti. Tawanya masih bersisa. "Alolo sayang mummy, sakit ke?" Larissa mengusap pipi Luciana yang berbekas gigitannya tadi. Seraut wajah comel itu ditatap lama.
"I know you're too young for this. But, I want you to know that you will always be my daughter, Luciana." Larissa tersenyum nipis. Rambut perang nipis Luciana diusap perlahan.
"Walaupun tak ada setitikpun darah mummy dalam badan Luciana, tapi kasih dan sayang mummy pada Luciana tak pernah berkurang. Malah, tiap hari makin bertambah sayang mummy dengan Luciana."
Terkelip-kelip iris biru cerah Luciana memandang Larissa. Tangan kecilnya menyentuh pipi mummynya. Bibirnya terbuka seperti ingin berkata sesuatu.
"Myy..."
Larissa tersenyum. "Ya, sayang. I love you so much, Luciana."
Jari jemarinya bergerak sedikit. Dahi berkerut-kerut. Sebelah tangannya memicit kepalanya yang terasa berpusing. Larissa mengerang perlahan.
"Love."
Kelopak mata mencelik sedikit. Wajah suaminya direnung beberapa saat.
"M... Mana anak saya?" soalnya dengan suara serak basah. Larissa hairan apabila soalannya dibiar sepi.
"Biy?"
"L... Luciana... Dia..."
"Luciana apa?" soalnya lagi, kali ini sedikit bengang. Kepala dipicit kuat.