SELEPAS harinya dikeluarkan dari hospital, terus Lucian membawanya ke sebuah tanah perkuburan, tempat Luciana disemadikan.
Belum keluar dari kereta, dada Larissa sudah terasa sesak. Hati beristighfar panjang.
Hujung baju Lucian digenggam kuat, bibir dikemam. Salam diberi pada ahli kubur.
Mereka berdua berjalan menuju ke hujung tanah perkuburan, berdekatan dengan sebuah pondok kecil. Sesuai untuk duduk berteduh sekejap di bawah sinaran matahari.
Larissa menekup mulutnya tatkala melihat sebuah kubur kecil yang masih lagi merah tanahnya. Bartakung air mata.
"Allah..."
Bahu Larissa dipaut agar tidak melorot jatuh. Lucian memujuk isterinya agar bertenang.
Perlahan-lahan Larissa duduk di kerusi kecil yang dibawa Lucian. Tangannya memegang tanah yang masih merah itu. Nafas ditarik panjang.
"Assalamualaikum, anak mummy."
Lucian menahan sebak di tepi. Mata dikelip beberapa kali, cuba menghilangkan air mata yang ingin mengalir.
"Anak mummy macam mana dekat sana? Ramai ke bidadari cantik jaga anak mummy dekat sana?" Air mata dikesat. Tangan Lucian digenggam erat, cuba mengambil kekuatan suaminya.
"I will miss your sweet smile, sweetheart. That pretty eyes, I will miss it so much," ucapnya perlahan. Larissa mengesat air matanya. Yaasin yang dibawa tadi dibaca bersama Lucian.
Habis mereka membaca Yasin, Lucian mengajak isterinya pulang. Larissa hanya menurut tanpa banyak mulut. Sempat dia mengucap selamat tinggal.
Selama mereka berjalan, Larissa hanya bergantung pada suaminya untuk berjalan. Lucian memaut pinggang Larissa.
"Biy, s... siapa tu?" Larissa menunjuk pada seorang wanita sedang berdiri di bawah pokok. Kepalanya menunduk.
Setelah meneliti beberapa saat, mata Larissa membulat.
"Perempuan tu." Tangan Lucian dilepaskan sebelum dia berjalan laju pada Jacqueline. Wajahnya mula menegang.
"Love, wait!"
"Apa?" Nadanya menaik seoktaf. Larissa cuba melepaskan tangan Lucian dari memegang bahunya.
"What are you trying to do?"
"Perempuan tu buat apa dekat sini, huh? Dia nak cuba rosakkan rumah tangga kita lagi ke? Apa? Tak cukup lagi dengan Luciana, sekarang ni apa pula?"
"Love, calm down..." Beberapa kucupan di dahi isterinya didaratkan, berharap Larissa akan bertenang sedikit. Lucian membuka mulut semula.
"Aku yang ajak dia."
"Huh? Biy buat ap..."
"Shhh... Hear me out." Tangan Larissa dibawa ke kereta. Mereka berdua bersandar pada badan kereta. Larissa masih tidak lepas dari memandang suaminya.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
Romance[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...