𝑳𝒊𝒏𝒄𝒐𝒍𝒏'𝒔 | 09

996 65 14
                                    

"TE dije que hicieras cosas fáciles, no puedes hacer eso también?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TE dije que hicieras cosas fáciles, no puedes hacer eso también?"

Lenanya terganggu sedikit. Larissa menggumam perlahan.

"Si es así, me ocuparé de él!"

Liur ditelan. Seperti suara seseorang sedang marah. Mungkin Matìas.

"Lo lamento."

"Señor, la Sra. Larissa está al tanto." Suara Ukail pula kedengaran. Larissa mencelikkan mata. Lelaki itu menyebut nama dia ke?

"Larissa, awak okay?" Matìas melutut di hadapan katil yang Larissa sedang berbaring. Wajah lelaki itu jelas risau dengannya.

Perlahan-lahan Larissa cuba untuk duduk. Dia berdesis saat siku dan telapak tangannya berasa sakit. Membesar matanya melihat luka di telapak tangan.

"What..."

"Awak hampir diculik."

Kepala diangkat memandang Matìas. Culik?

Matìas mengeluh perlahan. "Saya dah cakap kan. Nak pergi mana-mana bagitahu saya. Kenapa awak tak inform saya semalam?"

Larissa merenung jarinya. Bibir diketap perlahan.

"Sorry..."

Kedengaran Matìas mengeluh lagi. "Nasib Ukail dapat detect awak dari telefon. Kalau tidak, saya tak rasa awak ada dekat sini." Matìas bangun. Tangannya diseluk ke dalam poket.

"Awak nak makan tak?"

Mendengar soalan itu, perut Larissa terus berkeroncong kuat. Merona wajahnya.

Matìas ketawa. "Jom, turun."

Larissa mengikut Matìas dari belakang. Tudung yang sudah senget benget dibetulkan. Terkedek-kedek Larissa ingin menyaingi langkah besar Matìas.

KREK...

Larissa berhenti sekejap. Kepala ditoleh ke belakang. Bunyi apa tu?

"Little girl?"

"Huh?" Larissa memandang bingung wajah Matìas.

"Jom. Nak makan, kan?"

Larissa kelihatan terkebil-kebil sekejap, sebelum dia mengangguk. Setapak dia berjalan, pintu bilik yang tak jauh darinya dipandang semula.

Seperti ada sesuatu di situ.

Larissa menjungkit bahu. Perasaan dia sahaja kut.

.・。.・゜✭・.

"ALHAMDULILLAH..."

Matìas menahan senyum. Kepala digeleng perlahan. "Awak nak balik ke lepas ni?"

𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now