𝑳𝒊𝒏𝒄𝒐𝒍𝒏'𝒔 | 48

960 69 8
                                        

"BIY Biy Biy Biy Biy!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BIY Biy Biy Biy Biy!"

"Yes?" Lucian meneruskan langkahnya ke pintu utama. Sambil itu kunci kereta diputar. Larissa di belakang terkedek-kedek mengikutnya.

"Baby boo saya nak pergi mana?" Larissa mencebik. Sejak beberapa hari ini, sifat clingy Larissa makin teruk. Tak boleh berenggang langsung dengan suaminya sampai Lucian mahu ke tandas pun diikutnya.

"Baby boo awak nak keluar. Why? Do you want anything, love?" Pipi Larissa diusap perlahan.

"Nak ikut!" Matanya bersinar. Lengan Lucian dipaut dan dia melompat girang.

"Tak bolehlah, love. Aku nak jumpa daddy." Bibir dirapatkan. Rasa bersalah mula timbul melihat air mata yang berada di pelupuk mata si isteri. Laju Lucian mendakap isterinya. Kedengaran esakan halus.

"Hei, aku pergi sekejap je. Aku janji, lepas tu aku balik terus." Dahi Larissa dikucup hangat. Lucian mengeluh berat apabila Larissa tak mahu melepaskan pinggangnya. Wajah Larissa dicekupnya.

"Are you okay, love? Kenapa macam susah nak berenggang dengan aku ni, hmm?" soalnya lembut. Ibu jari mengelap tepi mata isterinya.

Larissa menyedut mukus di hidung. "Tak nak, nak ikut..." rengeknya. Suaranya tenggelam dek kerana dia menyembamkan muka ke dada Lucian. Tangannya mencengkam baju lelaki itu.

"Dee dee, I have to go. Aku janji tak lama. Jangan buat aku rasa bersalah nak tinggalkan kau," pintanya lembut. Serata wajah Larissa dikucupnya. Berakhir di bibir wanita itu lama.

Hati berkata tidak, namun kepala dipaksa angguk. Perlahan-lahan Larissa melepaskan tangannya di baju Lucian. Air mata masih mengalir.

"I'll buy you some chocolate, okay?" Tangan mengcengkam lembut dagu Larissa dan didongak memandangnya. Lucian tersenyum nipis.

Mendengar nama makanan, Larissa bersetuju. Kemudian badan suaminya dipeluk sekali lagi.

"Hati-hati," pesannya sebelum mengucup tangan suami. Larissa mengoyak senyuman.

Lucian mencapai tangan Larissa, lalu dikucup kekura wanita itu. Kemudian di dahi isterinya.

"Love you."

.・。.・゜✭・.

JANJI seorang Lucian Lincoln memang tidak boleh dipakai. Kata mahu balik awal, kini sudah pukul sebelas malam. Jangan kata batang hidung, bunyi enjin kereta lelaki itu pun tidak kedengaran.

Larissa mengeluh kuat. Ditenyeh mata yang sudah memerah. Kepalanya tersengguk-sengguk sejak tadi. Tetapi digagahkan jua kerana mahu menunggu suaminya pulang.

Telefon suaminya juga tidak berjawab. Larissa cuba positif. Tak mahu bisikan anasir syaitan mempengaruhi diri.

Dia bangkit dari sofa. Daripada termenung macam hilang laki, lebih baik dia ke dapur mencari maggi. Eh, macam pantun pula dah!

𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now