AIR teh tarik yang dipesannya dihirup sedikit. Tudung hoodienya ditarik menutup kepala. Mata memerhatikan keadaan kafe hospital itu.
Lagi beberapa hari, Larissa, Lucas dan Matìas akan dikeluarkan dari hospital. Lucian meraup wajahnya. Kepalanya berserabut, memikirkan bagaimana dia mahu memberitahu Larissa semuanya.
Mendengar kerusi di hadapannya ditarik, Lucian mengangkat kepala. Matanya berubah tajam.
"Kau buat apa dekat sini?"
Jacqueline tersenyum sinis. Rambut ditebak ke belakang. "I nak jumpa you la, babe."
"Pergi baliklah, Jacqueline. Aku malas nak layan perangai gila kau," balas Lucian. Jelas kedengaran lelah. Lucian mengeluh berat.
"I datang jumpa you bukan saja-saja. I nak bagitau tentang kemalangan hari tu."
Mata mereka berlaga. Lucian mengerutkan kening.
"Kau nak cakap apa?"
Jacqueline tersenyum. "Bapak you yang aturkan kemalangan tu."
Lama Lucian diam, kemudian Jacqueline bersuara lagi.
"Ermm Luciana macam mana?" Nada sinis yang digunakan tadi bertukar lembut. Jacqueline mengemam bibir.
Lucian berdecit sinis. "Kenapa nak tahu? Kau bukan sayang dia pun."
"Sebab I sayang la I tanya! No matter what, I'm her biological mother. I ada hak atas dia!"
Lucian menghela nafas. Wajah Jacqueline dipandang sekilas. Terbit sedikit rasa kasihan di hatinya.
"I'm sorry. But Luciana is gone, forever." Sejurus berkata begitu, punggung diangkat ingin meninggalkan Jacqueline.
"Kalau kau nak tengok kubur dia, nanti aku bagitau."
Kata-kata Lucian bagai masuk ke telinga kanan, keluar telinga kiri. Jacqueline menekup mulutnya. Matanya membulat tidak percaya.
"Lu... Luciana."
.・。.・゜✭・.
PINTU wad dibuka. Lucian melemparkan senyuman nipis pada Larissa yang sedang membelakangi dirinya. Dengan kadar perlahan, dia berjalan ke arah Larissa.
"Huwaa handsomenya!"
Lucian terkebil-kebil. Niat ingin menegur Larissa terbantut. Kepalanya dijengulkan, ingin melihat apa yang sedang dilakukan Larissa.
"Adududu! Kenapa handsome sangat eh lelaki ni? Haih, nasib Lucian lagi handsome. Kalau tidak, terpaksalah curang."
"Ehem!"
"Opocot mak aku!" Larissa duduk menegak. Bulat matanya memandang Lucian. Err dia dengar ke tadi?
"Kau... curang?"
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
Romance[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...