𝑳𝒊𝒏𝒄𝒐𝒍𝒏'𝒔 | 28

941 65 5
                                        

"KAU dah hack CCTV dia, Lucas?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU dah hack CCTV dia, Lucas?"

Lelaki berambut perang keemasan itu menguak rambutnya ke belakang. "Susah sikit, sebab sistem keselamatan dia agak ketat. But don't worry, I'll handle it." Mata kembali fokus pada komputer ribanya. Dagu ditongkat, sebelum jarinya menari laju di atas papan kekunci.

Matias melihat sekilas Lucas yang sibuk dengan 'bini'nya. Glock berwarna hijau neon miliknya dikeluarkan dari jaket. Glock kesayangannya diisi dengan peluru sebelum disimpan semula dalam jaket. 

"Aha! Finally, aku dah hack CCTV perempuan gila talak tu." Lucas tersenyum bangga. Sebodoh-bodoh Lucas pun, dia masih lagi boleh digunakan. Seperti sekarang, dia menjadi penggodam terhebat buat Lucian.

Lucian merampas komputer riba itu dari Lucas. Matanya tunak melihat skrin yang memaparkan keadaan rumah Jacqueline. Nampak sahaja kelibat Luciana di atas katil, Lucian membesarkan skrin.

Rahangnya mengetat melihat Si Kecil menangis tanpa henti. Urat-urat hijau mula timbul dari rahangnya. Buku lima dikepal erat.

"Mateo, conduce más rápido (Mateo, drive faster)."

Mateo yang memandu menekan minyak. Laju kereta itu meluncur di atas jalan raya diikuti beberapa kereta lain di belakang.

Lucian menghulurkan komputer riba kepada Lucas semula. Tidak betah melihat Luciana dalam keadaan begitu. Hatinya mudah rapuh. Nafas ditarik panjang.

Wait for daddy, princess.

.・。.・゜✭・.

KEHULUR kehilir dia seorang diri di ruang tamu itu. Baju dipintal gemuruh. Larissa menggigit bibirnya kuat. Sejak Lucian dan yang lain meninggalkan rumah, Larissa sudah berasa tidak sedap hati. Mulutnya terkumat-kamit membaca doa penerang hati.

Kakinya melangkah ke tingkap. Langsir diselak sedikit. Kelihatan beberapa anak buah suaminya sedang berjaga di luar termasuklah Michael. Lelaki itu statik berdiri seperti tiang bendera.

Dahinya berkerut saat beberapa buah kereta mula memasuki perkarangan rumah. Larissa tahu itu bukan kereta suminya melalui nombor plat.

Tudung disarung ke kepala. Langkah dibawa ke pintu hadapan. Apabila dia membuka pintu, kornea mata disapa dengan wajah yang amat dia kenali.

"Daddy?"

.・。.・゜✭・.

BERPUSU-PUSU anak buah Lucian mengepung rumah banglo milik Jacqueline. Semuanya mengenakan baju serba hitam bersama pelitup muka.

Matias mengikut  langkah Lucian dari belakang. Lucas ditinggalkan di dalam kereta untuk mengawasi keadaan rumah dari CCTV yang telah digodamnya.

"Everything's clear, Lucas?" Lucian bersuara dari alat yang disumbat ke telinga. Mikrofon dikepit di sebalik jaket kulit yang dipakainya.

𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now