𝑳𝒊𝒏𝒄𝒐𝒍𝒏'𝒔 | 32

920 67 3
                                    

PINTU ditutup perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU ditutup perlahan. Muka diraup sebelum dia berjalan ke meja solek. Larissa yang sedang tekun membaca novel tidak dihiraukan. Lehernya diurut sedikit.

Larissa mengerling sekilas suaminya di meja solek. Mata dijuling ke atas. Penat konon, huh!

Jam yang melilit di pergelangan tangan dibuka dan diletak di atas meja. Kaki menapak ke arah katil. Lucian membaringkan kepalanya di atas riba Larissa. Dia memandang wajah cantik isterinya. Dahinya berkerut sedikit apabila Larissa langsung tidak mengendahkan dirinya.

"Love."

"Hmm," gumam Larissa. Mata masih fokus pada buku di tangan. Tak kisah dengan pandangan pelik suaminya.

"Love, picitkan kepala aku." Pergelangan kiri Larissa diraih, sebelum diletak di atas kepalanya.

"Buatlah sendiri, jangan kacau saya. Awak nak tidur, tidur je. Saya nak habiskan buku saya." Pergelangan tangannya ditarik semula. Wajah Larissa mendatar.

Lucian berdecit halus. Dia bangun, duduk bersila di hadapan isterinya. Tajam anak matanya memandang Larissa.

"Love, are you okay?"

Larissa menyelak halaman sebelah bukunya. Dia menggumam. "Okay je. One hundred percent," katanya sedikit memerli. Tak kira, dia nak merajuk juga!

"Then why are you acting like this? This is not your behaviour, Larissa Dee."

Larissa mengeluh perlahan. "Saya dah kata saya okay, kan? Apa masalahnya?" Bibir mencebik sedikit. Baru sahaja dia ingin menyelak halaman baharu, buku di tangannya dirampas dari Lucian. Mata Larissa membesar.

"Apa masalah awak ni? Jangan kacau saya, boleh tak?" Tanpa sedar, Larissa meninggikan suaranya pada Lucian. Tangannya memeluk tubuh.

Lucian mengetap rahangnya. Cuba mengawal amarah yang mula mancanak naik.

"Lower your voice, Larissa. I'm your husband."

Larissa tersenyum sinis. Dia sendiri tak tahu mengapa dia jadi begini, tapi dia benar-benar terasa apa yang Lucian buat padanya siang tadi.

Melihat tiada respon dari Larissa, Lucian bertindak menarik lengan Larissa dan mendekatkan jarak mereka berdua. Lutut mereka bertemu. Larissa kelihatan seperti terkejut dengan tindakannya.

"Cakap dengan aku, Larissa. Kenapa kau macam ni? Did I do something wrong?" soalnya lembut. Jikalau dua-dua meninggikan suara, perbualan ini hanya akan berakhir dengan pertengkaran. Jadi Lucian cuba berlembut selagi boleh.

Larissa mengemam bibir. Kepala ditunduk ke bawah. Tubir matanya mula bergenang.

Mendengar esakan halus isterinya, laju Lucian menarik Larissa duduk di ribanya. Belakang badan wanita itu dielus perlahan.

Larissa menyembamkan wajahnya di bahu kekar suaminya. Tangan melingkar di leher Lucian. Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangis.

Lucian mulai risau. Risau dengan wanita kesayangannya yang seperti tiada tanda-tanda ingin berhenti menangis. Bahu Larissa ditolak lembut. Rambut panjang mengurai itu dibetulkan sedikit.

𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now