WAJAHNYA yang telah disolek ditatap lama. Tangannya naik mengusap muka. Bibir dikemam.
"Cantik ke tidak aku makeup kau?" soal Nadrah, sepupunya. Tangannya ligat menyimpan alat-alat soleknya.
"Cantiklah, nyah. Gila tak cantik?" Larissa masih tak percaya. SubhaAllah, siapakah bidadari yang sedang berada di dalam cermin ini?
"Jangan nak mulakan perangai angkat bakul kau tu. Be ready, aku dengar tadi pihak lelaki dah nak sampai."
Wajah yang tenang, berubah gemuruh. Larissa mengusap dadanya yang berombak kencang. Pergh, lain macam debar dia mat.
TING!
Telefonnya dikerling sekilas. Notifikasi dari Lucian dibuka dengan jari menggigil. Mesej lelaki itu dibaca. Lama kelamaan, bibirnya tersenyum lebar.
Don't be too nervous. See you, love.
Ringkas, namun tetap dapat menggoncang hati seorang Larissa Dee. Buku limanya dikepal erat.
"Pengantin lelaki dah sampai!"
Mata terbuka. Wajah emaknya yang kelihatan berseri-seri hari ini ditatap. Huluran tangan syurganya dicapai sebelum diramas perlahan.
"Jaga diri nanti, ya. Kalau ada apa-apa masalah, jangan pendam dan merajuk lama-lama. Sebaiknya, cuba cakap dengan suami, selesaikan dengan cara elok," pesan Puan Liza seraya mencium tepi kepala anaknya. Hati ibunya sedikit berat ingin melepaskan anak sulungnya.
Larissa mencebik. "Apa ni mak, tak sukalah macam ni..." Tubuh emaknya dipeluk erat. Air mata cuba ditahan, tak mahu merosakkan solekannya. Kekura tangan Puan Liza dicapai dan dikucup lembut.
"Maafkan segala salah silap Larissa, mak. Larissa tak dapat jadi anak yang baik untuk mak," ucapnya terus mengucup kedua belah pipi Puan Liza.
Puan Liza turut mengalirkan air mata. "Iyalah, mak maafkan. Jadi isteri yang baik, ya?"
Larissa mengangguk. Adegan itu terhenti tatkala Puan Linda menyampuk, menyuruh mereka berada di posisi masing-masing.
Larissa berjalan perlahan ke pintu dewan. Dilihat sedikit dari luar. Berdekatan dengan pelamin, meja di mana pengantin lelaki dan Tok Kadi berada menjadi target Larissa.
Dapat dilihat dari situ Lucian segak memakai baju melayu berwarna putih. Sedondon dengan dirinya. Bakal suami siapalah tu? Hensem betol!
Larissa berhenti mengendap apabila tiba masanya untuk masuk ke dalam dewan. Jantung mula mengepam darah semula. Bibirnya tidak lepas daripada berselawat.
Pintu dibuka. Dengan langkah ayu, Larisha berjalan di atas karpet merah itu dengan tangan menggenggam tangan Puan Liza.
Dapat dirasakan semua mata tertumpu ke arahnya, lebih-lebih lagi dari meja Tok Kadi dan Si Dia berada. Larissa cuma menundukkan pandangan. Alunan muzik turut menemani langkahnya sehinggalah dia duduk di atas pelamin. Kain veil yang melorot hingga lantai dibetulkan Nadrah serta beberapa orang sepupunya yang lain.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
Storie d'amore[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...