Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TEPAT pukul 12 tengah hari, perut Larissa mula berkeroncong diminta diisi. Bibirnya memuncung panjang.
Mereka telah kembali ke Malaysia pagi semalam. Kini Larissa berada di rumahnya. Luciana bersama Lucas manakala Lucian telah keluar. Pergi mana, Larissa tak pasti.
Telefon di sebelah dicapai. Nombor suaminya didail.
Calling, Laki Aku...
"Yes, Love?"
Larissa tersenyum mendengar suara maskulin itu menyapa gegendang telinganya. Karpet berbulu di ruang tamu itu dimain perlahan.
"Hmm Biy. Saya nak keluar beli makanan, boleh?"
Lucian di hujung talian berdehem. "Hmm kau tak masak ke?"
Wanita itu tersengih mendengar soalan suaminya. "Ermm malam ni jelah saya masak, boleh? Saya nak makan McDonald... Boleh tak Biy?" Bibirnya mengherot ke kiri dan kanan.
"Pergilah. Pastikan kau pergi dengan Michael, jangan pergi seorang-seorang," pesan Lucian.
Laju Larissa mengangguk walaupun suaminya tidak nampak akan tindakannya itu. Dia tersenyum lebar.
"Thank you, Biy! Love you one two three four five six seven eight nine ten!"
TUT...
Lucian melihat skrin telefonnya lama, sebelum dia meletuskan tawa halus. Kepala digeleng perlahan.
"Love you too, mi amor."
Larissa di rumah sudah menjerit nyaring. Bantal ditekup ke muka. Argh, apa dia buat tadi?!
Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali, cuba melegakan debaran di dada. Larissa memejam matanya. Tak lama selepas itu dia tergelak seorang diri.
"Eee gediknya kau, Larissa!" Kepala digoyang laju. Apa ni, tak nak, tak nak!
.・。.・゜✭・.
"SEÑORA,señora nak beli apa? Saya boleh belikan je."
"No uh! Biar saya aje yang beli, awak tunggu dalam kereta." Larissa menegah. Jari telunjuknya digoyang ke kiri dan kanan.
"Tapi señora, señor suruh saya ikut señora ke mana saja."
Larissa menjungkit kening. "Macam tu pula? Hmm suka hati awaklah. Jom!" Pintu dibuka tanpa sempat Michael membukanya terlebih dahulu. Lelaki itu menggaru kepalanya.
Larissa masuk ke dalam kedai McDonald itu. Kalau ikutkan, boleh saja nak drive-thru, tetapi Larissa mahu beli di dalam kedai itu saja.
Sampai di kaunter, Larissa memesan makanannya. Michael di sebelah dikerling sekilas.
"Hmm Michael!"
Laju lelaki tinggi lampai itu mengangkat kepala memandang puannya. "Yes, señora?"