"BETUL ni?"
Buat sekian kalinya, Matìas mengeluh. "Awak nak ke tidak?"
Larissa tersengih. "Bukan apa. Kalau orang nak belanja saya, bukan sikit-sikit tau saya..."
"It's okay, little girl. Just take whatever books you want. Saya belanja."
Larissa menepuk tangannya girang. "Thank you, Matìas!" Langsung dia menghilang di balik rak-rak buku Kinokunoya.
Lucas dari tadi hanya memerhati, mencebik bibir. "Aku kau tak nak belanja pula?"
Matìas memandang Lucas atas bawah. "Duit sendiri ada, kan?"
"Alah... Kau belanja aku sebagai kawanlah. Bolehlah, bolehlah..." Lengan Matìas dirangkul dan digoncang.
"Ish, kau ni! Jangan pegang-pegang aku, boleh tak?"
"Tak nak! Kau kena belanja aku dulu!" Lucas berdegil. Kini tubuh Matìas pula dipeluknya.
"Bab... Ish, yalah. Cepat pergi pilih apa yang kau nak." Rimas betul Matìas. Orang sekeliling sudah memandang mereka pelik.
Pleaselah, dia masih straight.
.・。.・゜✭・.
"ARGH, novel!" Larissa menahan suaranya daripada menjerit. Bibirnya diketap.
Satu, dua, tiga, empat buah buku dia ambil dan diletak ke dalam troli. Entah berapa banyak buku dia borong pun, tak tahulah. Itu tak termasuk lagi buku bahasa Inggeris yang dia nampak tadi.
BUK!
"Aduh!"
Larissa menoleh ke belakang. Seorang lelaki berbadan tegap sedang tertunduk-tunduk sambil mengusap kepalanya.
"Encik, encik okay tak?" soalnya. Buku yang terjatuh tadi dikutip. Kulit buku itu ditatap sekejap.
Macam best je. Buku itu terus diletak dalam troli.
Kembali pada lelaki tadi. Dia kelihatan terkejut. Larissa mengerutkan keningnya.
"Encik?"
"Larissa... Eh, Lucian?"
Larissa memandang Lucas. Apa syian?
Saat lelaki itu mengangkat kepala, Larissa terpana sesaat.
Kenapa untung sangat dia ni? Asyik berjumpa dengan lelaki kacak saja?
"Siapa ni?" bisik Larissa. Tidak perasan bahawa lelaki bernama Lucian itu menatapnya lama.
"Ini kawan aku," beritahu Lucas, turut berbisik. Walhal Lucian jelas mendengar perbualan mereka.
Kepala diangguk. Bibir mengukir senyuman. "Hai, Lucian! Saya Larissa."
Lucian mengukir senyuman nipis. "Nice to meet you, Larissa Dee."
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
عاطفية[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...