"LARISSA," panggil Lucas. Ralit dia memandang Larissa yang fokus makan aiskrim.
Larissa menggumam ringkas. Matanya masih lagi pada aiskrim cotton candynya. Ah, stress reliever!
"Aku... nak balik Spain minggu depan."
"Hah?!"
Lucas meletakkan jari telunjuknya di bibir. "Yah, slow down! Tengok, orang dah usha." Lucas menundukkan kepalanya apabila bertentang mata dengan beberapa orang pelanggan di kedai itu. Haih, malu tite!
"Uish, mana kau dapat perkataan usha tu?" Larissa memandang Lucas penuh minat. Dagu ditongkat menggunakan kedua belah tangannya.
"Oh, Larissa Dee! Sudah tentulah aku belajar dengan orang. Tak akan binatang kut?"
Larissa menggulingkan bebola matanya. Dramatikus Lucas!
"Whatever. Back to the topic about you going to Spain. Why? Tiba-tiba je?" Larissa mencebik sedikit. Dengan siapa nanti dia mahu meluangkan masa bersama?
Lucas menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia cuba menyusun kosa kata yang sesuai untuk diberi kepada Larissa.
"Err... Family business. Hah, family business! Ada something aku kena handle dekat sana. Alah, seminggu je."
"Seminggu je? Kau tahu tak, sehari tak jumpa kau, ibarat setahun kita tak jumpa!" Larissa mula mengeluarkan perangai kanak-kanak ribenanya. Muncung itiknya juga terserlah.
"Alololo, janganlah majuk! Nanti dekat sana, aku belikan kau apa-apa. Nak?"
"Hiks, nanti aku rindu macam mana? Hah, kalau tiba-tiba mak kau suruh kau kahwin dengan orang sana lepas tu kau kena duduk sana. Macam mana? Lepas tu, lepas tu, tiba-tiba kau ada anak! Ya Allah, takutlah aku! Ermm tapikan, kalau kau belikan aku coklat boleh?"
Lucas tidak dapat menyembunyikan senyuman lebarnya. Haih, perempuan dengan coklat berpisah tiada. Terlebih drama sungguh!
"Yalah, nanti aku beli satu jet untuk kau. Makanlah kau coklat tu sampai tujuh keturunan."
Larissa menepuk tangannya girang. Yeay, dapat coklat!
"Yes! Kalau macam tu, aku benarkan kau pergi Spain. Kahwin pun tak apa, aku tak kisah asalkan coklat aku ada."
Kepala digeleng perlahan. Lucas menongkat dagu, memandang Larissa.
"Aku tahu aku cantik, tak payah pandang lama-lama."
Automatik bibir Lucas mencebik. "So suddenly la you. Aku pandang sebab... you're lucky, Larissa."
Kening Larissa mula membentuk kerutan. "Lucky? Maksud kau?"
Lucas menjungkit bahu. "I don't know. Kau cantik, pandai, ada family yang sporting. Hidup kau bahagia. Kau... lucky." Senyuman nipis ditarik.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
عاطفية[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...