"LELAKI?"
Larissa yang sedang menghirup jus oren itu menganggukkan kepala. Lucas memandang gadis itu dengan penuh musykil.
Lucas bertandang ke rumahnya memandangkan esok merupakan hari dia akan pergi ke Sepanyol. Saja Lucas datang ke rumah Larissa, ingin meluangkan masa bersama gadis itu.
Kata orang, bawa bekal rindu.
"Kau biar betul, Larissa? Lelaki?"
Kali ini Larissa tidak dapat menahan diri dari menggulingkan bebola mata. "Ya Allah, iya Lucas... Berapa kali kau nak suruh aku ulang ni?" Larissa mula bengang.
Lucas tersengih kecil. "Okay, okay... I'm sorry. By the way, apa nama dia?"
"Matìas. Aku tak tanya pula nama penuh dia."
Kepala diangguk perlahan. "Kejap... Aku rasa macam pernah dengar nama tu. Tapi di mana ya?" Lucas mengusap dagunya perlahan. Fikirannya cuba mengingati sebaris nama itu.
Larissa turut terdiam. "Dia businessman. Mungkin kau dengar dia dari situ?"
PAP!
Jarinya dipetik. "Yes! Memang dia businessman. Tapi..."
"Isy, sudah-sudahlah dengan tapi kau tu. Jom makan," ajak Larissa lalu beredar ke dapur.
.・。.・゜✭・.
MASUK hari ini, sudah tiga hari Lucas meninggalkan bumi Malaysia. Larissa memandang ke luar tingkap kafe tersebut. Keluhan kecil dilepaskan. Rindu pula pada kawannya yang satu itu.
Sejak Lucas tiba di Sepanyol, kali terakhir mereka berhubung adalah ketika Lucas sampai di Sepanyol. Selepas itu, tiada lagi panggilan mahupun mesej daripada Lucas.
Mungkin dia sibuk.
Itu yang difikirkan Larissa. Dia cuba bersangka baik. Air kopi di atas meja disisip perlahan. Rasa lonely mula bertandang di hati.
"Hai, little girl."
Kepala dipanggung. Terkejut Larissa apabila wajah kacak Matìas menjengah ruang mata.
Matìas ketawa melihat muka terkejut beruk Larissa. "Bukan main awak terkejut nampak saya. Ada something dekat belakang saya ke?" soalnya sambil memandang ke belakang. Manalah tahu, ada pontianak cantik mengikutinya dari belakang.
"Eh, tak adalah! Saya terkejut sebab awak tiba-tiba ada depan saya. Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?" Larissa memerhatikan sekeliling kafe. Rata-rata mata orang ramai sedang memerhatikan mereka berdua.
Ya, dia tahu dia cantik dan orang di hadapannya pun ini kacak. Tapi... Janganlah pandang macam nak telan. Hurm...
"Oh, saya ada meeting dekat area sini. Saya datang singgah kafe ni sekejap, tak sangka saya jumpa awak di sini," terang Matìas. Tidak dihiraukan mata-mata manusia yang sibuk memandang mereka.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
Romansa[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...