𝑳𝒊𝒏𝒄𝒐𝒍𝒏'𝒔 | 19

891 73 4
                                    

PEJAM celik, pejam celik, lagi dua hari saja lagi perkahwinan antara Larissa dan Lucian akan berlangsung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PEJAM celik, pejam celik, lagi dua hari saja lagi perkahwinan antara Larissa dan Lucian akan berlangsung. Beberapa ahli keluarga dari belah emaknya datang untuk tidur di sini malam ini.

Majlis pernikahan akan diadakan di sebuah hotel, jadi Larissa akan bergerak ke hotel itu pada petang ini. Beg dan segala barangnya sudah dikemas.

Sejak mereka berdua keluar membeli cincin, tidak sekalipun Lucian menelefon mahupun menghantar mesej kepadanya. Larissa mengeluh perlahan.

Dia tak mahu fikir negatif. Di kala masa ini, pasti ada sahaja hasutan yang boleh membuat dia melakukan perkara yang tidak dijangka. Wajah diraup kesal.

Lucas dan Matìas juga tak dapat dijejak. Mana ketiga-tiga jejaka itu pergi?

Shawl instant di atas katil dicapai dan disarung ke kepala. Telefon disambar dan dia keluar dari bilik.

"Eh, Larissa. Kamu nak ke mana? Sekejap lagi kita nak gerak ke hotel." Puan Linda merangkap Mak Su kepada Larissa menegur. Pakaian gadis itu diteliti atas bawah.

"Err... Larissa nak beli sesuatu dekat kedai runcit. Tak lama pun, Mak Su." Larissa memberi alasan. Senyuman palsu dikoyaknya.

Puan Linda memberi pandangan curiga. Lambat-lambat wanita tersebut mengangguk.

Laju Larissa turut ke bawah. Riuh rumahnya dengan kehadiran ahli keluarga. Senyuman nipis dilempar saat melintasi beberapa emak dan ayah saudaranya. Kelibat orang tuanya tak kelihatan.

Tubuh diboloskan ke dalam perut kereta. Tangannya menggenggam stereng.

Jantungnya berdebar.

.・。.・゜✭・.

RUMAH di tepi pantai itu dituju. Melihat ada beberapa pasang kasut terletak elok di atas rak, Larissa bertindak ingin masuk ke dalam rumah.

"You have no right to arrange my life! I still love her and I will marry her no matter what!"

Tangan yang ingin membuka pintu terhenti mendengar jerkahan itu. Suara Lucian.

"Then, you want me to torture her life?"

"I don't give a f*ck about it! I will protect her, Denzel."

Larissa menggigit bibir. Mengapa dia macam pernah dengar suara yang satu lagi itu. Bagaikan déjà vu.

Larissa mengeluh perlahan. Mungkin dia datang pada waktu yang salah. Kaki mula menapak pergi. Telefon yang berdering dari tadi diangkat.

"Ya, mak. Larissa dah nak balik, lagi lima belas minit Larissa sampai." Setelah memberi salam, talian diputuskan. Baru sahaja ingin membuka pintu kereta, Larissa mencungap terkejut saat pergelangan tangannya disambar seseorang. Mulutnya ditekup.

Mata terbuka luas. Wajah dingin dan tegang Lucian menjadi santapan mata.

"What the hell are you doing here, Larissa Dee?"

Liur ditelan payah. Tangan Lucian yang menekup mulutnya sudah diturunkan. Badan sudah melekap pada badan kereta membuatkan Larissa tidak dapat menghapuskan jaraknya dengan Lucian yang ketika ini amatlah rapat.

"Aku tanya ni, kau buat apa dekat sini?" Tonnya juga sudah naik seoktaf. Larissa menutup matanya, takut dengan Lucian kini.

"Saya... Saya..."

"Kau apa!"

BAM!

Cecair hangat bergenang di tubir mata, sedaya upaya ditahan daripada menitis. Dapat dirasakan nafas Lucian menampar kulitnya. Mata dipejam erat.

"S... Saya risaukan awak. Dah berapa hari awak tak telefon atau mesej saya, jadi saya datanglah sini," terang Larissa dengan nada tertahan. Hujung baju dipintal gemuruh.

Beberapa minit berlalu, masih tiada respon daripada Lucian. Perlahan-lahan, Larissa membuka kelopak matanya. Merona merah mukanya saat perasan Lucian asyik memerhatikan wajahnya. Lelaki itu juga sudah kelihatan tenang. Tidak setegang tadi.

Lucian menyeluk tangannya ke dalam poket, mencari sesuatu. Matanya masih belum lepas dari menatap wajah Larissa. Sehelai kain bercorak kotak-kotak dihulur pada gadis itu.

Larissa terkebil-kebil seorang diri, sebelum dicapai huluran tersebut. "Untuk apa ni?"

"Laplah air mata tu. Kita belum halal untuk aku lap air mata kau," kata Lucian. Tubuhnya juga sudah dijarakkan. Dia duduk bersebelahan Larissa. Badan disandar pada kereta.

"Kau ada dengar apa-apa ke tadi?" soal Lucian memecahkan kesunyian antara mereka.

"Ermm tak banyak, sikit je." Larissa memandang ke arah pantai yang tidak jauh dari tempat keretanya terparkir. Kening digaru perlahan.

Lucian diam. Larissa dikerling sekilas. "Larissa, aku nak tanya kau sikit."

Larissa menoleh ke arah Lucian. Kening dijungkit sebelah. Selalunya Lucian memanggil nama pertamanya ketika sedang marah atau serius saja.

Lucian berdehem. Nafas dihela perlahan. "Kalau aku..."

KRING KRING!

Larissa tersentak, begitu juga Lucian. Larissa melihat nama pemanggil di skrin telefonnya, matanya meluas.

"Alamak! Awak, saya kena pergi dulu. Ermm, kita jumpa lepas kahwin nanti eh? Bye!"

Tubuh Lucian ditolak selamba dari bersandar pada keretanya. Larissa memulakan enjin dan tanpa menoleh ke belakang, kereta Larissa mula bergerak laju meninggalkan Lucian keseorangan.

 Larissa memulakan enjin dan tanpa menoleh ke belakang, kereta Larissa mula bergerak laju meninggalkan Lucian keseorangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiktok acc : hanaesther_

Tepat-tepat 700 words hshs. Pendek tapi tak mengapa 😌

𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now