Jacqueline mencebik. "Babe, perut I sakitlah... I tengah on period. Kalau you urutkan, boleh?"
"Sebab tu je?"
Laju wanita berambut blonde itu mengangguk. "Kalau you boleh layan madu I dengan baik, kenapa I tak, boleh? Apa kurangnya I, Lucian? I boleh bagi lebih daripada..."
"Stop right there, Jacqueline." Tangan Lucian dingkat menyuruh wanita itu diam. Tatapan matanya tajam menusuk ke wajah Jacqueline.
"Kau cakap apa ni, huh? Kau dah lupa ke kita kahwin ni dasar apa?" Tawa sinis meluncur di dua ulas bibirnya. Lucian menggeleng perlahan.
"Dahlah, I nak balik." Kaki melangkah ke pintu utama. Baru sahaja tangannya membuka separa daripada pintu tersebut, Jacqueline memanggilnya lagi. Dengusan kasar dilepaskan.
"Kalau you tak nak urut I tak apa, Lucian. But at least, minum air yang I buat ni." Secawan air dihulur pada Lucian. Wajah disedihkan.
Lucian menjungkit keningnya. Muk air tersebut dicapai. Mukanya jelas ragu-ragu untuk meminum air buatan Jacqueline walaupun dia sedang dahaga.
"I tak letak apa-apa la babe, minum jelah. Penat I buat tau." Bahu kekar suaminya diusap perlahan. Jacqueline tersenyum, penuh makna.