BEBERAPA BULAN SELEPAS KEJADIAN..."Daddy nak apa panggil Lucian pagi-pagi macam ni?" soal Lucian sebaik sahaja menghenyak punggungnya di sofa. Berkerut sedikit dahinya apabila melihat Jacqueline berjalan ke arah mereka. Dibiarkan sahaja isteri keduanya duduk di sebelahnya.
Denzel tersenyum sinis. Mata dikalih kepada Jacqueline, menyuruh menantunya meneruskan percakapan.
Jacqueline mengemam bibir. "Actually, I ada announcement nak bagitahu." Suaranya diselit perasaan teruja.
Lucian cuma menggulingkan bebola mata. "Cepatlah bagitahu, aku nak balik ni."
Wanita itu tersenyum teruja. Lengan Lucian dirangkul. "You akan jadi daddy, babe!"
Berkerut hebat dahinya tika itu. Rangkulan Jacqueline di lengannya ditepis. Dia betul-betul bingung sekarang.
"Kau merepek apa ni? Daddy, apa semua ni?" Lucian mengalihkan pandangannya kepada Denzel.
Denzel menjungkit bahu. "You hear it, right? You're going to be a father soon."
"This is bullsh*t!" Lucian bingkas bangun. Kunci kereta dicapai lalu dia berjalan ke keretanya.
"Lucian!" Pintu kereta suaminya ditahan daripada tertutup. Jacqueline mendengus kasar.
"You nak pergi mana, huh? We haven't done talking!"
"It's done to me. Aku tak akan percaya anak dalam rahim kau tu anak aku. It's impossible."
Jacqueline mengetap gigi. "Sampai hati you, kan? This baby is ours, Lucian!"
"Aku tak akan percaya, kau faham tak? Entah anak siapa, kau pergi cakap anak aku."
Jacqueline menahan amarahnya. Tak lama selepas itu bibirnya mengoyak senyuman manis. Bahu suaminya diusap perlahan.
"You lupa ke malam tu, babe? Kita..."
"Tepilah, Jacqueline!" Lucian menepis tangan Jacqueline yang beralih di dadanya. Wanita itu dicerlung tajam.
"Aku tak akan percaya kata-kata kau. Full stop." Pintu kereta ditutup, enjin dimulakan. Lucian memandu keluar dari perkarangan rumah Denzel.
Jacqueline mendengus kasar. Badannya dipaling ke belakang, kening dijungkit melihat Denzel yang sedang bersandar pada pintu.
Denzel menggeleng. Dia tersenyum sinis. Kemudian dia masuk ke dalam rumah semula.
.・。.・゜✭・.
"WHAT? This is nonsense, Biy!"
"I know but..."
"Allahuakbar..." Larissa duduk di atas sofa sambil meraup wajahnya. Mulutnya terkumat-kamit beristighfar.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
Romantizm[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...