𝑳𝒊𝒏𝒄𝒐𝒍𝒏'𝒔 | 03

1.4K 104 11
                                    

JIKALAU dulu dia tidak kisah akan soalan itu, kini dia mula tertanya-tanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JIKALAU dulu dia tidak kisah akan soalan itu, kini dia mula tertanya-tanya. Rasa curiga mula bersarang di dalam hati.

Ayah... ada sembunyikan apa-apa ke?

"Larissayang!"

Lamunannya terhenti tatkala sapaan 'mesra' Lucas manyapa gegendang telinga.

"Ya, Lucas?" balas Larissa dalam nada memerli. Kecil besar kecil besar saja dia memandang Lucas. Suka hati saja panggil dia sayang.

"Ehek. Kau tulah, temenggung apa jauh sangat?" Lucas menongkat dagunya. Matanya terkelip-kelip memandang Larissa.

"Termenung, bukan temenggung." Larissa membetulkan Lucas. Temenggung pun bolehlah, Lucas.

Lucas tersengih. Rambut perang keemasan miliknya diraup ke belakang. Dia berdehem, cuba menutup malu.

"Hah, kau termenung apa tadi?" Lucas bertanya lagi. Kali ini perkataan 'termenung' ditekankan.

Larissa menggeleng. "Tak ada apa. Teringat masa lampau."

"Kau dah ingat ke?" soal Lucas dengan nada yang tinggi. Matanya terbeliak besar.

Larissa berdecit kasar. "Bukanlah! Aku teringat soalan ayah aku setahun yang lepas."

"Oh..." Lucas bertenang semula. Larissa nampak air muka Lucas yang berubah. Mungkin sedih kerana ingatannya belum pulih.

Lucas satu-satunya rakannya semasa dia amnesia. Mereka bertembung di kafe Starbucks. Sewaktu itu Larissa lupa membawa kad kreditnya. Ketika itulah Lucas menjadi heronya, bermurah hati membayar air Asian Dolce Lattenya.

Sejak itu mereka mula berhubung. Tak sangka pula Lucas warganegara Sepanyol. Hensem pula tu, uhuk!

"Hmm... Orang tanya, boleh pula dia termenggung... eh, termenung lagi."

"Hah?"

Lucas mencebik geram. Kalau bukan disebabkan batas mereka, sudah lama pipi Larissa dicubitnya.

"Aku tanya, ayah kau tanya soalan apa pada kau?"

"Oh... Itu! Ayah aku tanya, aku ada ingat apa-apa tak fasal seorang lelaki? Aku jawablah, tak. Tapi, aku macam syak ada sesuatu yang tak kena." Larissa menyatakan rasa hatinya. Tidak perasan dengan air muka Lucas yang mula berubah.

"Hmm tak ada apa kut! Mungkin, dulu kau ada boyfriend tapi boyfriend kau curang dan ayah kau nak kau lupakan dia. Siapa tahu?"

Larissa mengangguk perlahan. Ada betul juga kata-kata Lucas itu.

"Ye kut," balasnya pendek.

.・。.・゜✭・.

LUCIAN menatap pistol di dalam genggaman. Kemudian kepalanya diangkat, memandang setiap seorang anak buahnya di hadapan mata.

𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now