𝑳𝒊𝒏𝒄𝒐𝒍𝒏'𝒔 | 22

1K 81 6
                                    

PAGI itu, Larissa bangun awal untuk menyediakan sarapan pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGI itu, Larissa bangun awal untuk menyediakan sarapan pagi. Mee goreng diletak ke dalam mangkuk besar. Keringat di dahi dikesat menggunakan belakang tangan. Ikatan rambut diketatkan. Mata mengerling jam di dinding, jarum pendek berada di nombor lapan, manakala jarum panjang berada di nombor sembilan.

Pukul 8.45.

Mee goreng yang sudah dimasak itu diletak di atas meja makan dan ditutup dengan tudung saji. Kaki menapak naik ke bilik. Bilik Luciana dituju terlebih dahulu. Anak gadis itu masih tertidur nyenyak.

Larissa tersenyum manis sebelum mencium sekilas kepala Luciana. Dia berjalan keluar dari bilik itu dengan kadar perlahan. Biliknya dan Lucian dituju. Bilik itu hanya bersebelahan dengan bilik Luciana.

Masuk saja ke bilik itu, kepala digeleng perlahan. Sejuk! Suaminya tak sejuk ke? Dah macam dekat Antartika pun ada. Larissa bertindak menutup penghawa dingin dan membuka kipas.

Larissa membuka langsir. Terdengar erangan seseorang, senyuman nipis terukir.

"Biy, bangun." Larissa duduk di birai katil. Bahu terdedah suaminya ditepuk. Tiada respon, Larissa memanggil lagi.

"Biy, bang... Argh!" Badannya ditarik sehingga dia masuk ke dalam dakapan Lucian. Hembusan nafas suaminya mengenai lehernya. Larissa menelan liurnya.

"Five minutes." Suara khas bangun tidur Lucian menyapa gegendang telinga. Tangannya mengemaskan pelukannya di pinggang Larissa.

"Bangunlah Biy. Saya dah buat sarapan dekat bawah, nanti sejuk." Larissa memujuk. Rambut Lucian yang berserabut diraup ke belakang. Pipi suaminya diusap.

Lucian menguap panjang. Matanya memandang Larissa. "Aku makan kau jelah," jawabnya selamba. Bibir tersenyum nakal.

Larissa memukul lengan Lucian. Cuba tapis sikit mulut tu!

Larissa cuba merungkaikan pelukan Lucian, namun makin ketat pula lelaki itu memeluknya.

"Saya nak tengok Luciana..." cebiknya.

"Tak boleh, aku tahu Luciana tak bangun lagi." Lucian menyembamkan wajahnya ke leher Larissa. Matanya terpejam tatkala Larissa mengusap rambutnya.

Akhirnya Larissa pasrah. Sejuklah mee goreng aku.

.・。.・゜✭・.

"PRINCESS daddy." Lucian mencium kepala Luciana. Tersengih-sengih Si Kecil memandang daddynya. Tangannya terkapai-kapai seperti menyuruh Lucian mendukungnya.

Lucian mendukung badan montel itu. Kaki dituju ke dapur. Larissa sedang mencedok mee goreng ke dalam pinggan.

"Makanlah, Biy. Bagi saya dukung Luciana." Larissa ingin mengambil Luciana, namun anak gadis itu memalingkan mukanya tanda tidak mahu. Larissa mencebik.

"Kenapa anak mummy ni? Daddy nak makan, sayang. Kejap lagi main dengan daddy lagi." Baru dipegang lengan Luciana, Si Kecil sudah meraung. Meluas sedikit mata Larissa.

𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now