TERSEDU-SEDAN Larissa di tepi katil. Tisu yang dihulur diambil lalu dia mengelap air matanya. Lucian di tepi setia mengusap belakangnya.
Lucas turut mencebik. Dia tak bolehlah kalau ada orang menangis, nanti dia menangis juga.
"Janganlah nangis! Kau buat aku nak menangis juga tau!"
Larissa menyedut mukusnya. Belakang tangan mengelap air mata di pipi. "Ak... Aku tak tahulah kenapa aku emo sangat. Tapi... hiks!" Sekali lagi tisu dicapai dan dia teresak-esak seorang diri. Semua orang di dalam bilik itu diam menonton drama air mata dari Larissa dan Lucas.
Semua salah baby la ni! Buat mummy nangis. Kalau tak, mesti mummy tak nangis.
"Dahlah love, Lucas kena tembak je. Bukannya mampus lagi."
"Apa Biy ni? Tak baiklah cakap macam tu!" Larissa berterusan menangis. Ya Tuhan, sejak bila dia cengeng sangat ni?
Ralfania di hujung bilik tersenyum nipis. Suaminya disiku lembut. "Saya tak macam tu pula kan dulu masa mengandungkan Raisha?"
Caspian menahan senyum. "You're different, sayang. Awak tumbuk saya masa awak tak dapat makan nasi ayam, tahu tak?" katanya sambil menunjukkan mata belah kirinya, tempat mana Ralfania pernah tumbuk dia dulu. Kemudian Ralfania dipeluk dari tepi.
"Sebab tu Raisha tu ganas dia lain macam. Kalau tak dapat apa dia nak, mahu ada muka berlebam nanti." Sepasang suami isteri itu ketawa halus.
"Ehem! Ini cerita aku, bukan kau." Lucian menyampuk. Boleh pula dua ketul tu buat drama sebabak.
"Tch, fine!" Caspian menjeling sahabatnya. Sikit-sikit pun tak boleh.
"Dee dee, nak coklat tak?" Lucian cuba memancing isterinya dengan manisan kegemarannya. Ibu jarinya mengesat air mata Larissa. Comot dah muka mak buyung ni. Nasib sayang.
"Ermm... Nak..." Kecur liurnya memikirkan coklat Cadbury yang menjadi pujaan sejak sekian lama. Bibirnya dibasahkan. Larissa menarik tangan Lucian.
"Jom, nak coklat."
"Okay, okay. Aku nak keluar pergi beli, kau duduk sekejap dekat sini. Boleh?"
"Nak ikut!"
Lucian mengeluh sesaat. "Tak boleh, love. Bahaya. Aku pergi sekejap je, okay?" Ubun-ubun isterinya dikucup sekilas. Tatapan redup menusuk ke anak mata Larissa.
Wanita itu mengemam bibir. Nak tak nak dia terpaksa akur. "Careful," pesannya lembut.
Lucian tersenyum nipis. Kepala diangguk. "Love you."
"Lupa dah ke ada orang dalam ni? Hish!" Lucas memeluk tubuh. Siapa nak 'love you-love you' dengan dia? Hurm...
"Carilah bini," jawab Larissa. Dijeling Lucas dari tepi. Dia mengorak langkah keluar dari bilik itu. Ralfania dan Caspian turut beredar.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
Romance[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...