𝑳𝒊𝒏𝒄𝒐𝒍𝒏'𝒔 | 49

950 64 2
                                        

"HOI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HOI."

Pipinya terasa ditepuk. Dahi berkerut. Tangan ingin menenyeh mata, namun terhalang kerana terasa diikat. Mata dicelik.

"Huh, ingatkan nak membuta sampai esok. Nah, makan! Pandai-pandai kaulah macam mana nak makan, sebab aku tak buka tali tu."

Larissa mengangkat kepalanya. Tajam tatapan matanya merenung lelaki itu. Lelaki yang sama menculiknya. Dia ditipu!

Lelaki itu tersenyum sinis. Badan dibongkok ingin menyamakan ketinggian Larissa yang sedang terikat di kerusi. Dia berdecak beberapa kali.

"Kasihan. Senang betul aku tipu kau, kan?" katanya seperti mengejek. Selepas itu selamba dia beredar dari bilik tersebut sambil bersiul girang.

"Hmph! Ermph!" Larissa menggerakkan kaki dan tangannya. Namun tak berhasil apabila ikatan tali itu langsung tidak longgar. Ketat betul.

Roti sandwic di hadapan mata ditatap sayu. Bodoh betul penculik ni, ada ke tayang makanan depan dia tapi dia tak boleh makan sebab terikat? Kejam sungguh!

Bibirnya mencebik sedih. Tiba-tiba teringat akan suaminya. Baik-baikkah lelaki itu? Mesti sekarang Lucian sedang mencarinya.

Otaknya ligat mencari jalan bagaimana ingin membuka ikatan talinya itu. Perlahan-lahan tangannya cuba menyeluk ke poket seluar di bahagian belakang. Larissa meraba di situ.

Ahah! Larissa jumpa pisau lipat. Larissa ingat lagi, dia ambil pisau lipat itu hanya sekadar langkah berjaga-jaga. Tak tahu pula dia akan guna sekarang ini.

Mungkin memakan masa yang lama untuk memotong tali tersebut, tapi... Usaha tangga kejayaan! Larissa mula membuka pisau lipat tersebut dan mula memotong tali.

Beberapa minit berlalu, akhirnya ikatan tali tersebut terputus. Larissa tersenyum puas. Dia menunduk untuk membuka tali di bahagian kaki. Badan menggeliat sedikit.

Larissa memandang sekeliling. Tiada jalan keluar memandangkan bilik ini tiada tingkap. Hanya pintu bilik tersebut menjadi jalan keluar. Larissa berjalan ke pintu.

Pin tudung dicabut dari bahunya. Badan ditundukkan dan hujung pin dimasukkan ke dalam lubang kunci. Hanya percayakan kata hati, pin digerak-gerakkan sehinggalah pintu terbuka.

Larissa mengeluarkan pin yang sudah bengkok dari lubang kunci. Pin tersebut dicampak ke tepi.

Kepala dijengulkan. Kiri kanan koridor tingkat itu diteliti. Yakin tiada orang, Larissa keluar dari bilik. Jantungnya berdebar-debar, tetapi dia kuatkan hatinya. Doa penenang hati dibaca.

Larissa menuruni tangga. Hampir tersadung kakinya apabila terdengar suara beberapa orang lelaki sedang bercakap.

"Maaf, señor Lucas. Señor Denzel tak beri keizinan señor untuk masuk."

Larissa menekup mulutnya. Lucas?

"Hei, aku ni anak dia. It means, this house is mine too. I don't give a f*ck about what you said, now back off!" Dengan sekali tolakan, Lucas memasuki rumah tersebut. Pistol ditala pada dada pengawal tersebut apabila dia berura-ura ingin menarik tangan Lucas. Lelaki berambut perang keemasan itu tersenyum sinis.

𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now