GAS ditutup. Keringat di dahi dikesat dengan belakang tangan sambil nafas dihela berat.
"Mak, ayah! Makanan dah siap!" Mangkuk berisi nasi goreng diletak di atas meja. Larissa membuka apronnya lalu diletakkan pada tempat penyangkut.
"Yeay, makan!" Orang pertama yang tiba di meja makan adalah Larisha. Laju saja budak kecil itu mengambil tempat duduknya.
"Amboi, laju dia duduk ya!" Larissa mengusap kepala Larisha. Eee rasa nak gomol je!
"Hihi, adik lapar la kakak..." adunya bersama cebikan. Perutnya turut ditepuk. Kakinya yang pendek dihayun ke depan dan belakang.
"Nah, makan dulu. Kakak nak panggil ibu dengan ayah." Pinggan yang sudah diisi nasi diberi kepada Larisha. Sempat pipi gebu adiknya dicubit gemas.
Kaki menaiki tangga ke tingkat atas. Pintu bilik ibu bapanya masih lagi terkatup rapat. Eh, tak bangun lagi ke?
Kekura tangannya naik mengetuk pintu. Beberapa saat kemudian, kedengaran suara Encik Luthfi membenarkan dia masuk.
Encik Luthfi yang tekun membaca surat khabar itu tersenyum memandang anak sulungnya.
"Larissa, kenapa?"
Larissa memandang ke arah emaknya yang terbaring di atas katil. Keningnya bertaut. "Kenapa dengan mak, ayah?" soalnya balik. Katil ibunya dituju.
Encik Luthfi mengeluh perlahan. "Mak demam, tak tahulah kenapa."
"Demam? Allahuakbar." Belakang tangannya melekap pada dahi Puan Liza. Bibirnya diketap.
"Panas ni, ayah. Mak, kita ke klinik ya?"
Puan Liza menggeleng payah. Tekaknya yang sakit membuatkan dia terbatuk.
Sayu Larissa memandang emaknya. "Mak, mak janganlah macam ni. Nanti sakit ni melarat, susah kami nanti. Kita pergi checkup saja, ya? Please, mak..." Larissa mengelipkan matanya. Kelima-lima jarinya disulam dengan bibir dicebik.
Puan mengeluh perlahan. Nak tak nak, dia perlu juga ke klinik. Lambat-lambat dia mengangguk.
Laju Larissa tersenyum. "Lepas ni mak siap, tau! Larissa nak tengok adik makan." Dahi ibunya dikucup sekilas sebelum dia berlalu keluar dari bilik ibu bapanya.
.・。.・゜✭・.
PAGI itu, awal-awal lagi Larissa sudah bangun untuk melihat matahari terbit di pantai. Pantai yang sama dikunjunginya dan Matìas beberapa hari yang lalu.
Sebut fasal Matìas, lelaki itu sudah terbang ke Itali. Outstation katanya. Dia dapat ke pantai ini pun sebab Matìas yang beri kebenaran.
Gazebo yang sama menjadi tempat dia melabuhkan punggung. Matahari yang baru sahaja ingin menampakkan diri membuatkan kawasan pantai itu sedikit gelap.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
Romance[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...