"EVERYONE, it's time to eat!"
"Yes, mummy!"
Terkedek-kedek dua pasang kaki itu turun ke bawah. Masing-masing berlawan siapa yang akan sampai di dapur terlebih dahulu. Mereka saling menolak tubuh mereka.
"Tepilah!"
"Abang la tepi!"
Seperti kilat, dua makhluk itu sampai di hadapan meja makan. Mereka berebut mahu duduk di atas kerusi.
"Hei, hei, kids! Kenapa main tolak-tolak ni?" Larissa keluar dari dapur belakang dengan pinggan penuh pancake. Menggeleng kepalanya melihat telatah anak-anaknya.
"Abang tu!"
"Laina tu!"
Kedua-dua mereka menunjuk pada satu sama lain. Masing-masing mencemberutkan muka.
Lais Dawid.
Laina Darlina.
Sepasang kembar seiras yang berumur tiga tahun. Walaupun kembar, mereka tak pernah sebulu. Ada saja pergaduhan antara mereka yang bikin Larissa dan Lucian pening kepala.
Larissa mencekak pinggang. Mengeluh berat. "Mummy kata apa? Tak baik bergaduh, pagi lagi ni, kan? Nanti..."
"Rezeki tak masuk..." Kembar itu menyambung kata-kata Larissa. Mereka tersengih melihat tatapan tajam mummy mereka.
"Makan ni. Lais dengan Laina nak apa?" Pancake diletak atas piring kecil. Ada sos coklat dan jem strawberi yang diambil dari peti ais.
"Hmm abang nak jem!" Si abang menunjuk pada jem.
"Laina nak coklat! Yum yum!"
Larissa tersenyum. Terus diikutkan kehendak anak-anak. Ralit dia memerhatikan Lais dan Laina sedang makan.
"Love..."
Kepala diangkat. Larissa menapak pada suaminya yang berdiri di hadapan dapur. "Kenapa, Biy?" Wajah kacak itu berkerut-kerut memandangnya.
"Ini... Aku tak retilah pakai tie ni..." Lucian mengadu manja. Tali leher biru gelap di tangan dihulur pada isterinya. Larissa mencapai dengan senyuman di bibir. Tahu sudah perangai suaminya. Tak suka memakai sut pergi ke kerja. Hanya pada majlis tertentu saja dia pakai, itupun terpaksa.
Tali leher dililit di leher suaminya. Terpaksa dia menjingkit sedikit kerana ingin menyamakan ketinggian dia dan Lucian.
Lucian memegang erat pinggang Larissa. Dia merenung wajah jelita itu sebelum mengucup pipi dan dahi isterinya.
"Biy, anak tengoklah."
"Mana ada, dia orang tengah sedap makan tu. Right, kids?" Lelaki itu menoleh sedikit pada anak-anaknya. Lais dan Laina mengangkat thumbs up tanpa memandang mummy dan daddy mereka.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
Romance[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...