Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"KAKAK, kakak, kakak!"
Lengannya digoncang. Larissa menguap panjang.
"Ermm... Apa?" soalnya geram. Elok-elok aku tidur, ada orang kerdil pergi kejut!
Nasib orang kerdil ni comel.
"Abang Lulu datang!"
"Lulut what?"
"Abang Lulu la!" Larisha mencekak pinggangnya. Kakak kita ni tak nak bangun ke? Hish!
"Kakak, bangunlah! Nanti mak marah baru tahu," ugut Larisha.
Automatik bibir Larissa tersenyum sinis. Ceh, ingat dia boleh ugut kita guna nama mak ke?
"Mak tak marah pun. Dah, shuh shuh! Jangan kacau beta beradu!" Tangan kecil Larisha ditolak lalu dia menyelubungkan dirinya dengan selimut. Mata ingin terkatup semula.
"Larissa Dee binti Luthfi, bangun!"
Oh, shet! Ibu harimau sudah mangaum gaisek!
Larissa berpura-pura tidur. Mesti emaknya akan biarkan dia tidur sekiranya dia kelihatan lena, kan?
Kan?
"Kamu fikir mak tak tahu kamu dah bangun, huh? Bangun sekarang!" Puan Liza menjerit betul-betul di cuping telinganya.
"Argh... Mak! Pekak telinga Larissa! Mak nak anak mak yang gojes flawless cantik kebaboms ni pekak ke?" Larissa memuncungkan bibir. Cuping telinganya diusap perlahan.
"Jangan nak merepek! Pergi mandi sekarang! Lucas ada dekat bawah."
"Hah? Buat apa pula dia datang pagi-pagi ni?" Cemberut habis wajahnya kini. Lucas pun satu, bukan nak bagitahu dia terlebih dahulu nak datang.
"Pagi apanya? Dah pukul sepuluh lebih! Pergi mandi!"
"Eh, pukul sepuluh pun dikira pagilah!" balas Larissa semula. Selagi kita boleh lawan, kita lawan!
"Larissa..." Puan Liza sudah mengeluarkan senjata terakhirnya. Tangannya sudah hampir ke telinga anaknya.