Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"YANG ni ke... Atau yang ni?"
Bibir diherot ke kiri dan kanan. Luciana di sebelahnya dikerling sekilas.
"Luciana, yang mana sesuai dengan mummy?" Skrin telefon diletak hadapan Si Kecil. Jarinya menyeret beberapa gambar di dalam telefonnya.
"Mummy nak beli baju, tapi tak tahu nak pilih yang mana..."
"Emmm baa..." Jari kecil Luciana menunjuk pada satu gambar baju berwarna merah hati.
Larissa menjungkit kening. "Hmm macam cantik. Mummy pilih yang ini jelah, okay?"
Tudung bawal yang dipakai wanita itu dibetulkan sedikit. Larissa melilaukan matanya.
"Mana daddy, eh?"
Nampak sahaja kelibat Michael di luar rumah, Larissa berlari ke arah lelaki tinggi lampai itu. Dia berdehem beberapa kali.
Michael yang sedang berbual dengan rakannya yang lain, terhenti tatkala melihat isteri tuannya. Dia berjalan perlahan pada wanita itu.
"Yes, Señora Larissa?"
"Hmm suami saya mana? Dia keluar ke?" soal Larissa. Mata menghala ke porch rumah. Elok sahaja kereta suaminya di situ.
"Oh, Señor Lincoln dekat meeting room. Tak silap saya dengan Señor Lucas dan Matìas."
Larissa melopong mendengar penerangan Michael. Dia mengucap terima kasih pada lelaki itu sebelum masuk ke dalam rumah semula. Tubuh Luciana didukung.
"Jom pergi dekat daddy."
.・。.・゜✭・.
"TAK akan dia hilang macam tu aje?"
Lucas menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dua ulas bibirnya melepaskan decitan. "Aku dah cuba cari, Lucian. I can't find her!" katanya sedikit bengang. Rambut perang keemasan miliknya diserabutkan.
Kepala dua jejaka itu terangkat mendengar suara Matìas. Lelaki itu sedari tadi mendiamkan diri, mengeluarkan sepucuk surat dari jaketnya.
"Mateo bagi dekat aku malam kita jumpa Luciana." Surat itu ditolak ke tengah meja. Matìas bersandar pada sofa seraya menguak rambutnya ke belakang.
Lucian mencapai surat tersebut lalu dirobek sebelum mengambil isi dalam. Sehelai kertas yang ditulis dengan pen dakwat hitam dibaca dengan teliti.
Semakin lama, muka Lucian semakin tegang. Tulisan yang tertera di atas kertas itu benar-benar menaikkan amarahnya. Kertas dicampak ke meja setelah dia habis membaca.
"Mierda," getusnya perlahan.
Lucas mengambil kertas itu lalu dibaca. Berkerut-kerut dahinya membaca isi surat itu.