"UWEK! Uwek!"
Dengusan kasar terlepas dari bibirnya. Stereng kereta digenggam erat.
"Uwek!"
"Diamlah!"
Raungan bayi itu semakin kuat. Rahang diketap kuat. Sebelah tangan meramas kasar rambutnya. Rimas!
"Kau diamlah, budak! Semak betullah!"
KRING KRING!
Panggilan tersebut diangkat tanpa melihat pemanggilnya. Earphone dimasukkan ke lubang telinga. Dia menggumam malas.
"Aku tahu kau ambil anak aku."
Tubuhnya mengeras. Disangkakan orang lain yang menelefonnya. Baru sahaja jari ingin mengetik butang merah, suara garau tersebut menyapa gegendang telinga.
"Jangan main-main dengan aku, Danny. Kau tahu apa yang aku boleh buat, kan?"
Bibir digigit kuat. Bayi yang masih lagi menangis dikerling dengan cermin pandang belakang.
"Kau sentuh walau sehelai rambut anak aku, jantung kau aku cabut dengan tangan aku sendiri."
TUT...
"Mierda," getusnya kasar. Stereng diputar ke kiri. Kini kereta mewahnya berhenti di perkarangan sebuah rumah. Tali pinggang keledar dibuka. Bayi di belakang ditatap kosong.
"Menyusahkan."
Dia keluar dari kereta, bergerak ke bahagian tempat penumpang. Bayi tersebut didukung sebelum menutup pintu kereta dengan kakinya. Sesekali dia berdecit kasar. Rimas dengan tangisan bayi itu.
Pintu rumah itu terbuka dari dalam. Seorang wanita dengan wajah dingin memandangnya dan bayi di dalam dukungannya.
"Just take this kid, will you?" soalnya sedikit kasar.
Wanita itu menjuling matanya. Bayi tersebut dirampas kasar. Membulat sedikit matanya dengan tindakan wanita itu.
"My daughter... I miss you, baby." Wanita itu mengelus pipi bayi tersebut. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
Dia berdehem. Matanya dan mata wanita itu bertembung. "Where's my money?"
Wanita itu mendengus kasar. Sepucuk surat yang agak tebal isinya dicampak pada dia.
"Now get out the hell out of here." Wanita tersebut masuk ke dalam rumahnya. Pintu ditutup kasar.
BAM!
Nafas dihela perlahan. Lehernya diusap perlahan. Lambat-lambat dia menuju ke keretanya.
.・。.・゜✭・.
BEBERAPA helai baju Luciana diambil dan dibawa ke dada. Sebak menghurung jiwa. Larissa menangis di atas lantai. Wajah berlaga dengan lututnya.
Hatinya kurang senang mengingati Si Kecil. Pelbagai perkara negatif menghantui fikiran. Larissa cuba mengusir anasir itu pergi. Namun sekuat mana dia cuba, perkara tidak baik itu tetap berada di fikiran.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
Romance[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...