Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BEG silangnya disangkut ke bahu. Tudung bawal yang tersarung di kepala dibetulkan sedikit. Larissa turun ke bawah. Kelihatan Lucas sedang bermain dengan Luciana di ruang ramu. Bibirnya melengkung sedikit.
"Luciana, siapa uncle paling handsome dalam dunia?" Lucas menjungkit keningnya. Luciana diam mengisap putingnya. Mata bundarnya terkelip-kelip melihat pak ciknya.
"Jawapan dia adalah... Uncle la!" Lucas ketawa terbahak-bahak. Entah apa yang kelakar sangat. Yang pasti, tiada siapa yang turut serta tertawa. Matias di sofa ralit menonton televisyen.
"Woi, kau kenapa?" tegur Larissa. Dia melabuhkan punggungnya di sofa single. Larissa melambai pada Luciana apabila Si Kecil memandang ke arahnya. Wanita itu tertawa halus apabila Luciana tersengih kepadanya.
"Hehe, tak ada apa-apa. Kau nak pergi mana cantik-cantik ni? Dating?"
"Otak kau la, aku nak keluar. Michael mana?" soal Larissa sambil melihat ke luar. Mencari anak buah suaminya itu.
"Oh, Michael and friends tak ada. Mana entah Lucian suruh dia pergi."
Larissa memandang Lucas bingung. "Hah? Lepas tu, aku nak pergi dengan siapa ni?" Bibirnya mencebik sedikit. Tak akan nak batalkan?
"Jom."
Larissa dan Lucas memandang Matias.
"Aku dah bagitahu Lucian, dia bagi izin kita bertiga keluar. Bawa Luciana sekali," terang Matias apabila dua pasang mata itu memandangnya seperti ada dua kepala. Televisyen ditutup.
"Yeay, keluar!" Lucas mendukung Luciana lalu berpusing beberapa kali. Ketawa mengekek Si Kecil apabila berpusing begitu.
.・。.・゜✭・.
"LITTLEgirl, awak nak beli apa?" soal Matias pada Larissa di sebelah. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Larissa menebarkan mata memandang sekeliling. Dagu diketuk perlahan. "Saya nak pergi Lovisa sekejap," tuturnya sambil menunjuk kedai Lovisa yang tidak jauh dari mereka.
Matias mengangguk. Lucas yang beberapa meter jauh dari mereka dipanggil. "Lucas, jom!"
Lucas yang ralit melayan Luciana menoleh. Dia mengikut Larissa dan Matias. Beberapa pasang mata gadis di situ memandangnya dengan senyuman. Lucas tidak menghirukan pandangan tersebut. Luciana dipeluk erat.
"Sibuk je dia orang pandang uncle macam tu. Luciana girlfriend uncle, kan kan?"
"Baa baa!" Lucas tersenyum apabila respon Luciana kelihatan positif. Pipi Si Kecil dikucup sekilas.
Larissa menjadi rambang mata tatkala melangkah masuk ke dalam kedai Lovisa. Pantas kakinya berlalu ke bahagia gelang dan rantai.
Tersenyum Larissa melihat pelbagai koleksi gelang yang cantik-cantik.