𝑳𝒊𝒏𝒄𝒐𝒍𝒏'𝒔 | 12

1K 80 5
                                    

PETI ais dibuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PETI ais dibuka. Mahu jatuh rahang Larissa melihat isi peti ais rumah Lucian. Hampir penuh peti ais tersebut dengan pelbagai barang.

Sebiji epal hijau dicapai. Dibasuh terlebih dahulu buah tersebut sebelum dia menggigit epal itu. Segelas air teh dibancuh.

Kakinya menapak ke ruang tamu. Langsir diselak lalu terpapar laut yang luas terbentang. Pintu gelangsar ditolak Larissa. Matahari baru sahaja ingin memunculkan diri.

Punggungnya dilabuhkan di atas sebuah kerusi kayu. Muk air teh diletak atas meja kopi. Larissa bernyanyi kecil sambil melihat matahari terbit.

"It's beautiful, isn't?"

Larissa tersentak kecil. Kepalanya dipanggung. "Lucian! Bila awak masuk?" Badannya mengesot, memberi ruang Lucian untuk duduk.

Lucian duduk di sebelah Larissa. Matanya dipakukan pada laut. Soalan Larissa dibiarkan tidak berjawab.

"Hmm Lucian, bila saya boleh balik?" Larissa memandang Lucian. Tudungnya dibetulkan sedikit apabila ia terselak sedikit mengenai angin.

Lucian turut memandang Larissa. Mata mereka bersambung buat beberapa minit.

"Lucian?" panggil Larissa lagi. Naik merah mukanya apabila ditatap begitu. Dia berpaling ke arah lain.

"You're not going home."

"Hah?" Larissa mengelipkan matanya. Kejap, kejap. Dia cakap apa tadi?

Keluhan berat dilepaskan. "You're not going home. It's too dangerous. Kau akan duduk sini buat sementara waktu."

"Tapi, mak ayah saya macam man..."

"Aku dah bagitahu dia orang. Jangan risau."

Bibir dicebik. Apa saja dia nak buat dalam rumah ni? Main sorok-sorok?

"Ikut aku." Lamunannya terhenti tatkala Lucian menyuruh dia mengikut lelaki itu.

Mereka berdua berjalan ke suatu tempat di dalam rumah. Sampai di satu pintu besar berwarna coklat, Lucian menekan sesuatu di pintu tersebut.

Pintu coklat itu terbuka apabila kod yang dimasukkan Lucian adalah tepat.

"Password pintu ni 220915," beritahu Lucian. Larissa cuma angguk kepala.

"Itu tarikh hari jadi awak eh?"

Lucian senyap. Bibirnya diketap. Perlahan-lahan dia mengangguk.

Mereka mula menapak masuk ke dalam bilik itu. Melopong mulut Larissa melihat bilik itu.

Mini library nyah!

Mini mini pun, tetap nampak besar dan luas. Larissa melihat susunan buku di rak. Banyaknya novel!

"Awak baca novel?"

Lucian bersandar pada salah satu rak. Matanya seperti sedang menganalisa perpustakaan itu.

"Someone does," jawabnya. Langsung matanya bertembung dengan mata Larissa. Redup pandangannya pada gadis itu.

Larissa berkerut sedikit. "Someone? Siapa?" Ish, busybody betul kau ni Larissa!

Dengan selamba Lucian menjungkit bahu. "Adalah orang tu. Kalau kau bosan, duduk ajelah sini membaca. Aku ada kerja, nanti Lucas dengan Matìas akan datang sini teman kau."

Larissa melihat susuk tubuh Lucian sehingga lelaki itu menghilang dari kornea mata. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum. Besar betul perpustakaan ni!

Sebuah buku dicapai dari rak ketiga. Tubuhnya dibawa ke tengah perpustakaan. Terdapat meja dan kerusi di situ. Larissa mengambil tempat duduknya. Buku di tangan mula dibaca.

.・。.・゜✭・.

"ASSALAMUALAIKUM, oh... Assalamualaikum!"

"Kau apahal? Masuk jelah." Matìas menggulingkan bebola matanya. Tangannya membuka tombol pintu.

"Eh, jangan buka!" larang Lucas. Pergelangan Matìas dipegang.

"Kenapa?" soal Matìas dengan dengusan. Geram pula dia dengan Lucas ni.

Lucas tidak menghiraukan pandangan maut Matìas, sebaliknya dia menjengulkan kepalanya ke dalam rumah. Dahinya berkerut sedikit. Tak ada orang ke?

"Macam tak ada orang je," gumamnya perlahan.

Matìas yang sempat menangkap gumaman Lucas, turut menjengulkan kepalanya ke dalam. Kini kepalanya di atas, manakala Lucas di bawah.

"Haahlah, macam kosong aje. Mungkin dia orang keluar?" teka Matìas.

Lucas berdecit. Sedikit tidak puas hati. "Tak akanlah. Kalau tidak mesti Lucian dah bagitahu kita."

Lama mereka diam. Cuba berfikir di manakah hilangnya Larissa dan Lucian.

"Apa kau orang buat ni?"

"Opocot!"

BUK!

Akibat terkejut yang melampau, Lucas dan Matìas terjatuh ke lantai. Badan Lucas menghempap tubuh Matìas.

Larissa menekup mulutnya, terkejut. "Weh, kau orang okay tak?"

Matìas mengerang sakit. Tubuh Lucas yang menindihnya ditolak kasar. Berat macam batu. Punggungnya diusap perlahan.

"Sakit, mama..." Bibirnya dicebik sedih. Dahlah jatuh, kena tolak dengan Matìas lagi. Hiks.

"Kau ni pun satu! Sergah macam tu buat apa?"

Larissa menganga sedikit. "Aku sergah apanya? Aku tegur je, kau orang yang overreact!" balas Larissa semula. Kali ini pakej tangan kiri mencekak pinggang.

"Dah, dah, jangan nak bergaduh. Nah little girl, untuk awak." Cepat-cepat Matìas mematikan peperangan mulut Larissa dan Lucas. Plastik beg berwarna putih dihulur kepada gadis itu.

Larissa membuka beg plastik itu. Jeritan nyaringnya meletus saat dia dia melihat isi dalam plastik tersebut.

"Aaaa Matìas! Thank you! Huwaa coklat!"

Matìas sekadar tersenyum. Kepala diangguk tanda sama-sama.

Larissa menahan dirinya dari menjerit lagi. Ada Cadbury weh!

"Thank you sangat-sangat! Awak duduklah Matìas. Nak air tak?" Tiba-tiba dia menjadi perempuan nelayu terakhir. Senyuman manis diukir lebar.

"Hmm just coffee, please," pinta Matìas. Dia terus melangkah ke ruang tamu.

"One coffee, coming up!" Kakinya dibawa ke ruang dapur. Plastik yang dipenuhi coklat tadi diletak di atas meja island.

Lucas di tengah-tengah antara mereka tadi mencebik. "Memang aku halimunan ke apa?"

"Lucas! Nak air apa?" Lucas tersentak. Mendengar soalan Larissa, hatinya dipaut rasa terharu.

"Coffee jugalah!" sahutnya dengan senyuman jengkel.

"Coffee jugalah!" sahutnya dengan senyuman jengkel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Agak hambar dan... pendek 😌

𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now