𝑳𝒊𝒏𝒄𝒐𝒍𝒏'𝒔 | 23

1.1K 79 8
                                    

LUCIAN sekeluarga duduk di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LUCIAN sekeluarga duduk di ruang tamu. Luciana berada di dalam pangkuannya sementara Larissa sedang enak mengunyah keropok di sebelah. Kadangkala mulutnya dibuka meminta isterinya menyuapkan keropok.

DING DONG DING DONG DING DONG!

"Hmm dah masuk setan dah." Larissa meletakkan plastik keropok di atas meja. Tudung dicapai dan disarung ke kepala. Pintu dibuka dengan muka mendatar.

"Selamat pengantin baru!" sapa Lucas dengan senyuman lebar. Di tangannya terdapat plastik pizza. Matìas di sebelahnya cuma tersenyum segaris.

Larissa menjeling sekilas. Tanpa membuang masa dia terus masuk ke dalam rumah semula. Tak perlu jemput, Lucas dan Matìas akan masuk sendiri.

"Hai Luciana!" Lucas mencubit pipi Si Kecil geram. Tubuh montel itu dirampas dari Lucian sebelum dia berpusing-pusing di tengah ruang tamu itu. Luciana tersengih-sengih melihat Uncle Lucasnya.

"Kau orang dah makan ke?" soal Matìas sambil membuka bekas pizza. Semerbak bau pizza di segenap ruang. Larissa meletakkan pinggan di atas meja.

"Belum, tak sangka pula kau orang nak datang." Larissa duduk di sebelah Lucian. Sekeping pizza diambil dan diletak di atas pinggan suaminya. Senyuman nipis diberi pada Lucian.

Lucas duduk di sebelah Matìas. Luciana di dalam pangkuannya dikerling sekilas. "Luciana nak ke? Nak yang mana?"

"Woi, jangan nak merepek! Budak tu menyusu lagilah!" sergah Larissa. Terkelip-kelip Luciana memandang mummynya sedang marah.

Mulut Lucas melopong, kemudian tersengih. "Aku lupa pula."

Larissa berdecit. Yelah tu.

Beberapa jam makan dan berborak, Lucas dan Matias mengemas ruang dapur bersama Lucian manakala Larissa pergi menidurkan Luciana yang sudah merengek.

Lucas melihat Larissa yang sudah hilang naik ke atas. Dia mendekati Lucian. Tangannya sedang mengelap meja terkendala seketika. Bahu lelaki itu dicuit.

Kening diangkat bertanya kenapa. Singki dituju sebelum tangan kekarnya dibasuh. Berkerut-kerut dahi Lucian apabila Lucas menempel ke badannya. Bahu lelaki berambut perang keemasan itu ditolak kasar.

"Kau apahal? Nak cakap, cakap jelah. Melekat dekat aku buat apa?" soal Lucian rimas. Kain pengelap digunakan untuk mengelap tangannya yang basah. Punggung dilabuhkan di atas kerusi.

Lucas turut duduk bersama Lucian. Bibir dikemam sebelum dia membuka mulut.

"Kau dah bagitahu dia ke?" Rambut perang keemsannya dikuak kebelakang. Dagu ditongkat Lucian. Lelaki itu hanya berdiam diri. Kepala digeleng perlahan.

"Sampai bila, hm?" Hujung kening dijungkit. Tangan dilipat ke dada.

Lucian mengekalkan wajah tenangnya. "Dia belum bersedia lagi. Aku tak nak dia tertekan..."

"Jangan simpan benda ni lama-lama. Larissa yang sekarang, bukan macam dulu. She hates lies." 

"Larissa akan terima dengan baik kalau benda ni kau yang bagitahu sendiri. Jangan sampai dia dapat tahu dari orang lain, Lucian." Matias menyampuk. Dia menepuk bahu Lucian, memberi semangat.

"Bukan niat aku, kalau bukan sebab Denzel..."

.・。.・゜✭・.

JARI telunjuknya mengelus pipi Luciana yang sedang pulas tertidur. Suka betul Larissa melihat anak gadis itu. Cantik sangat! Lebih-lebih lagi mata Si Kecil yang berwarna biru.

"Nanti rupa anak aku macam mana, ya?" getusnya perlahan. Terbit senyuman nipis di bibirnya. Mesti comel!

Sedang sibuk dia berangan seorang diri, sepasang tangan kekar melingkar di pinggangnya. Tak perlu toleh, Larissa sudah tahu siapa melalui bauan minyak wangi tersebut. Lengan Lucian diusap perlahan.

Lucian memusingkan badan Larissa menghadapnya. Raut jelita isterinya direnung lama. Kekura tangan Larissa diusap dengan ibu jari.

Larissa mengerutkan keningnya melihat suaminya yang sedikit lain. Jarak mereka didekatkan sehingga lutut mereka bertemu. Telapak tangan Larissa melekap di kedua belah pipi Lucian.

"Biy okay?" soalnya polos. Rahang tajam menirus suaminya diusap.

Lucian masih lagi berdiam diri. Sebelah tangan Larissa dicapai dan dikucup perlahan. Kepalanya direhatkan di riba isteri. Tangan kanan Larissa masih dalam genggamannya.

Larissa bertindak berdiam diri. Kenal benar dengan sikap berat mulut Lucian. Ada emas gamaknya. Tangannya hanya mengusap rambut coklat hitam Lucian, sesekali bibirnya mendarat di atas dahi Lucian.

"Lo siento mi amor (I'm sorry my love)."

Kepala dijenguk ingin melihat suaminya yang sudah terlena. Dahinya berkerut.

"Sorry?"

.・。.・゜✭・.

PRANG!

"That bitch is back?" Dadanya berombak kencang menahan amarah. Pasu besar diatas meja diambil lalu diangkat tinggi sebelum dihempas kuat ke lantai.

PRANG!

Tangannya sudah berdarah ditusuk serpihan kaca. Wajahnya diraup kasar. Ruang tamu itu bergema dengan jeritan nyaringnya. Tangannya yang sakit tidak dihiraukan. Sakit lagi hatinya kini.

"I swear to god, I will kill you Larissa Dee!"

Cermin besar dituju. Penampilannya diteliti lama. Senyuman psiko di bibirnya mula memekar. Telapak tangan diletak di cermin Pipinya di pantulan cermin diusap.

"I've been waiting for you like f*cking five years. Instead, you choose her. Again?" Tawa halus terbit di bibirnya. Tawaan halus itu bertukar mengekek. Sekejap sahaja sebelum tawaan itu terhenti. Wajahnya bertukar bengis semula.

Meja konsul tidak jauh dari cermin itu dituju. Dibiarkan sahaja Iphonenya dilumuri dengan darah segarnya. Jari laju menari di atas skrin, mencari nombor kontak seseorang.

"Danny, are you still in Malaysia?"

Senyuman sinis melorek di bibir. 

"I want you to do something for me."

Tiktok acc : hanaesther_

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiktok acc : hanaesther_

𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now