Tersentak seisi rumah. Lucian, Lucas dan Matìas membalas pandangan.
Lucian bangun ingin membuka pintu. Sebaik sahaja pintu terbuka, matanya terkebil-kebil memandang Larissa yang bagai singa kelaparan.
"Err nak masuk ke?"
"Kenapa awak meminang saya?" soalnya berterus terang. Tangannya dilipat ke dada. Turun naik nafasnya mengawal amarah.
Lucian melopong sesaat. Fasal tu ke?
Badan disandar pada pintu. Lucian turut memeluk tubuhnya. Hujung keningnya dijungkit sedikit.
"Salah ke?"
"Salahlah! Kita tak ada apa-apa hubungan pun!" balas Larissa kasar. Kakinya dihentak ke lantai
Lucian menghela nafasnya. Dia menyuruh gadis itu mengikutnya. Bukan dia tak tahu bahawa Lucas dan Matìas sedang mencuri dengar perbualannya dengan Larissa.
Lucas bersama Matìas di sebalik pintu mencebik. "Tak seronoklah! Baru nak layan drama pukul tujuh."
"Tak baik mendengar perbualan orang lain," tegur Matìas.
Lucas merenung kejap kawannya. "Bercakap dengan cermin ke, hah?" perlinya pedas. Nak saja dia tolak kepala Matìas. Biar dia hilang ingatan. Muahaha.
Kembali pada Larissa dan Lucian. Mereka berada di gazebo tepi pandai. Suasana tengah hari itu agak berangin. Tetapi tetap tidak mendapat menenangkan suasana tegang ketika itu.
"Tapi agama kita berbeza," nyata Larissa. Wajahnya dipalingkan dari menjadi santapan mata Lucian. Keluhan berat dilepaskan.
Lucian ketawa kecil. "Bila masa kita beza agama ni, hm?" Ralit dia menatap muka bingung Larissa. Riak garang gadis itu turut menghilang, diganti dengan riak polos. Comel.
"Habis tu, apa benda yang melekat dekat kaki awak tu?" Pergelangan kaki lelaki itu dikerling. Lucian sedang memakai seluar three quarters, menampakkan cacah berbentuk naga di pergelangan kakinya.
"Oh, this?" Lucian turut melihat sekilas pergelangan kakinya.
"I have this since I was 17. I converted to Islam at the age of 25. Tatu ni terlalu besar untuk aku buang, jadi aku simpan. Kau pun tahu kan, macam mana sakit nak buang tatu?"
Larissa mencebik. "Siapa suruh pergi lukis kaki dia tu?" tuturnya perlahan, namun tetap didengari Lucian.