𝑳𝒊𝒏𝒄𝒐𝒍𝒏'𝒔 | 18

1K 74 5
                                    

"BILA nak langsungnya tu? Boleh kita buat persiapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BILA nak langsungnya tu? Boleh kita buat persiapan."

Larissa memandang Lucian, lelaki itu turut membalas pandangannya dengan senyuman nipis kemudian beralih kepada Puan Liza dan Encik Luthfi.

"Awal bulan depan mak cik."

Mata Larissa meluas kecil. Dia berdehem sambil memberi pandangan mata kepada Lucian.

"Ermm... Larissa nak cakap dengan Lucian sekejap, boleh?" Mendapat kebenaran orang tuanya, pantas Larissa melangkah keluar. Dia berdiri di taman bunga emaknya.

"Kenapa?" Suara maskulin itu menyapa sistem pendengaran. Larissa merengus kecil.

"Kenapa awal sangat? Awak tak bincang apa-apa pun dengan saya." Larissa menyatakan rasa hatinya.

Nafas dihela perlahan. Lucian menyeluk tangannya ke dalam poket. "Aku nak halalkan kau cepat-cepat, tak boleh ke? Lagi satu, kita tengah berbincang dekat ruang tamu tadi, kan?"

"Bukan fasal tulah! Cuma saya..."

"Dee, listen here." Lucian berjalan selangkah ke arah Larissa. Raut wajah gadis itu ditatap lama.

"Aku minta maaf kalau semua benda yang aku buat ni agak terburu-buru. I have my own reasons. Aku tak nak benda ni tertangguh lama-lama. Kalau family kau tak dapat buat persiapan dalam masa yang singkat, aku boleh uruskan semua tu. All you have to do is be my bride."

Larissa melepaskan keluhan kecil. Bibirnya diketap. Tangannya naik mengurut pelipis.

"Saya tak tahulah, Lucian. Semua yang terjadi ni macam terlalu laju, saya..."

"Have faith on me."

Larissa mengelipkan matanya. Sedikit blur dengan kata-kata Lucian. Kepalanya dicongak melihat Lucian.

"Percayakan saya. Insha'Allah semuanya akan berjalan dengan lancar."

.・。.・゜✭・.

MEREKA berdua kini berada di pusat beli belah. Lucian mengajak Larissa ke situ untuk membeli cincin. Hanya itu saja keperluan yang dibeli memandangkan semuanya telah diurus Lucian.

Luciana ditinggal bersama Puan Liza. Wanita separuh abad itu tak mahu mengganggu pasangan itu berdating.

Mereka ke kedai barangan kemas. Pekerja di situ melayan mereka dengan mesra. Atau lebih tepat, Lucian.

Dari tadi lagi Larissa memerhatikan gadis berpakaian skirt paras lutut itu. Gelak tawa perempuan itu sungguh gedik di halwa telinganya. Bibirnya berdecit geram.

"Kau nak yang mana?" soal Lucian di sebelah.

Larissa memandang cincin dari pelbagai jenis itu dengan rasa bosan. Geram dan marah bersatu apabila pekerja perempuan itu tak habis-habis merenung Lucian.

𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now