Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"DEE dee, dah siap ke belum?" Lucian menguap panjang. Setengah jam berlalu, namun isterinya masih belum siap. Dari tadi terbelit-belit tudungnya itu.
"Ni haa... Awning tudung ni tak jadilah!" rungut Larissa dengan bibir memuncung. Sudah berapa kali dia betulkan, namun awning tetap tidak mahu memberi kerjasama.
"Haih, awning je pu..."
"Awning ni pentinglah! Kalau awning saya tak jadi, saya akan bad mood!"
Kelopak mata dipejam erat, sebelum dia bangun dari katil. Larissa dia meja solek dituju. Badan isterinya dipusing menghadapnya. Tudung gadis itu dilihat.
"Okay je," komennya ringkas. Tak ada cacat cela pun. Apa yang tak jadinya?
Larissa berdecit geram. "Awak tak faham!"
Lucian menghela nafas. Dia membawa Larissa duduk di birai katil. Tangannya mula bekerja membetulkan awning tudung Larissa.
"Done. Tengok cermin, okay tak?"
Larissa melihat dirinya di dalam cermin. Matanya membulat. "Jadilah awak! Macam mana awak buat?"
Bahu dijungkit selamba. "Entah. Aku betul-betulkan jelah sikit."
Larissa tersenyum teruja. "Thank you, husby!"
Hujung keningnya dijungkit. "Hus... Husby?" Lucian mengulang semula panggilan yang diberi Larissa.
Larissa mengangguk. Tiba-tiba satu idea muncul di fikiran. Jari diketip menghasilkan bunyi.
"Apa kata, saya panggil awak... Biy?"
Kelihatan Lucian seperti terdiam. Halkumnya bergerak-gerak. Larissa perasan suaminya mengepal penumbuk. Laju Larissa duduk semula di sebelah Lucian.
"S... Saya minta maaf, saya gurau je." Kepala ditunduk. Bibir dikemam. Takut jika lelaki itu marah.
Beberapa minit berlalu, dagunya dipagut membuatkan dia mendongak memandang suami. Kelopak mata dikelip beberapa kali.
"Asal minta maaf? Kau tak ada buat salah pun." Pipi mulus isteri diusap.
"Hmm yelah, awak macam tak suka je saya panggil awak Biy. Panggil babi kang lain pula bunyinya." Ayat terakhir diperlahankan. Kepala ditundukkan semula.
Lucian tertawa. "Amboi mulut, nak aku kiss ke, huh?" Bibir isterinya dicuit. Fikir dia tak dengar ke?
Larissa tersengih. "Boleh tak saya panggil awak Biy? Bolehlah, bolehlah!" Lengan lelaki itu digoncang. Senyuman manis menghiasi wajah.
Lucian menggumam membenarkan. Larissa menepuk tangannya seperti seorang kanak-kanak. Tubuh suaminya dipeluk dari tepi.
"Peluk je?" soal Lucian setelah Larissa melepaskan pelukan.