GIM di tingkat paling atas dituju. Bilik sederhana besar itu terletak di hujung koridor. Pintu berwarna coklat itu dibuka.
Iris coklatnya menangkap susuk tubuh suaminya sedang melakukan tekan tubi di dalam gelanggang berlawan. Larissa memasuki gelanggang tersebut.
"You're here!" Lucian menghabiskan tekan tubi yang ke 100-nya. Kemudian dia pergi ke suatu sudut. Tuala kecil yang dibawanya digunakan untuk mengelap peluh di tubuh badan.
Larissa mengalihkan mukanya. Bahang terasa apabila dia memerhatikan badan kekar suaminya tanpa seurat benang lenjun dengan peluh.
Hot woi!
Lucian tersengih melihat wajah memerah isterinya. Tuala dicampak ke sofa sebelum dia mendekati Larissa.
"Kita warm up dulu."
Teragak-agak Larissa mengangguk. Apabila dia berdiri di hadapan Lucian, dahinya berkerut kerana suaminya hanya diam merenung wajahnya.
"Tak nak mula ke?"
Lucian menjungkit sebelah kening. "Kau tak nak buka tudung ke?"
"Oh!" Seperti tersedar, Larissa pergi ke sofa dan mencabut tudungnya. Rambut yang sedikit kusut dibetulkan.
"Nak buka baju sekali pun boleh."
Badan Larissa keras. Lucian di hujung matanya dijeling tajam. "Pervert!" Dapat dia dengar Lucian hanya tertawa miang.
Lucian menahan tawanya dari terletus lebih kuat. Wajah masam mencuka isterinya ditatap dengan pandangan mengusik.
"Okay, let's start!"
Larissa bertukar teruja. Mereka berdua memulakan dengan memanaskan badan.
"Actually, sebelum kau amnesia, kau dah handal bab-bab berlawan semua ni," cerita Lucian setelah mereka selesai memanaskan badan.
"Really? Too bad I didn't remember." Larissa tersenyum segaris. Leher dipatahkan sehingga mengeluarkan bunyi.
"Okay, come here." Lucian dan Larissa menuju ke arah punching bag yang berada di satu sudut. Tangannya diregangkan.
"Tengok macam mana aku tumbuk benda ni."
Larissa menyilang tangan ke dada. Diperhatikan gerak geri suaminya.
Lucian menggenggam penumbuknya. Selepas menghela nafasnya, satu tumbukan padu dilayang pada punching bag. Setelah itu dia menapak ke belakang sedikit.
"Your turn, love."
Menjungkit keningnya. Lah, macam tu je? Larissa tersenyum. Dia berdiri di hadapan punching bag. Seperti suaminya tadi, penumbuk digenggam lalu dengan bacaan basmalah, buku limanya menumbuk punching bag. Kekuranya terasa sedikit pedih, namun Larissa diamkan saja.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
Romance[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...