"HAI, baby!"
Lucian yang sedang leka bermain telefon, mengerling sekilas anjing terbiar di hadapannya ini. Agak kasar panggilan itu tapi, kisah pula dia?
"Hai babi."
Jacqueline yang tidak tahu menahu tentang bahasa melayu, tersenyum gedik apabila Lucian membalas panggilannya.
Jarang sungguh Lucian mahu membalas panggilannya.
"What are you doing, honey?" Jacqueline duduk di sebelah Lucian. Tangannya diletak di peha Lucian.
Lucian menjeling tangan yang sedang berada di atas pehanya. "Get your filthy hands off me. It's so disgusting." Dengan kasar Lucian menolak tangan Jacqueline. Wajah jijiknya tidak dapat dibendung.
Jacqueline mencebik manja. Walaupun tidak bersentuhan, tetap juga Jacqueline merapatkan kedudukannya dengan Lucian.
Lucian merengus kasar. "Apa masalah kau ni? Terapat-rapat, ada yang selamat pergi pluto kejap lagi." Terkeluar bahasa melayunya. Puas hati Lucian melihat wajah bingung Jacqueline.
Lantak kaulah.
"What were you saying, baby? I didn't understand."
Tak suruh kau faham pun, jawab Lucian di dalam hati. Soalan Jacqueline dibiarkan tidak berjawab. Matanya kembali fokus pada telefonnya.
Jacqueline memandang Lucian dengan bibir tercebik. Jaketnya dibuka mendedahkan bahu dan dadanya. Dia tersenyum sinis.
"Babe..."
Lucian mengalihkan matanya. Dia terkejut apabila Jacqueline sudah mula mendekat.
"What the hell are you doing, Jacqueline?" Dia bangun dari sofa. Tali lehernya dilonggarkan seikit. Panas.
"What am I doing? I want you..."
"Stop, Jacqueline!"
Lucian menutup matanya. Buku limanya dikepal kuat. Nafas ditarik, perlahan-lahan dilepaskan.
Sebaik sahaja dia membuka mata, Jacqueline sudahpun berada di hadapan matanya dengan senyuman menggoda. Tangan wanita itu melingkar di lehernya.
Jacqueline mendekatkan bibirnya dengan cuping telinga Lucian. Wanita itu membisikkan sesuatu.
Lucian merengus kasar. Dengan kuat dia menolak bahu Jacqueline sehingga wanita itu terjelupuk jatuh dari lantai. Kepala digeleng dengan senyuman sinisnya terukir di bibir.
"Don't you dare use that name to threaten me, Jacqueline. I will never fall for you. Ever." Jaket kulitnya dicapai lalu meninggalkan Jacqueline seorang di dalam bilik itu.
Jacqueline melihat pemergian Lucian dengan bibir tercebik. Buku limanya dikepal erat.
.・。.・゜✭・.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
Romans[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...