SPECIAL

1.4K 64 3
                                    

KNOCK KNOCK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KNOCK KNOCK

Beberapa saat, terpacul wajah Ralfania. Dingin wajah wanita itu menjengah kornea mata.

Matìas menapak masuk ke dalam bilik bawah tanah itu. Kepala diangguk menyapa Caspian. Cermin lutsinar di hadapannya memaparkan susuk tubuh Denzel. Tangannya digari dan digantung di siling. Tubuh tanpa baju dan hanya ditutupi seluar pendek atas lutut itu dilumuri darah dan terluka sana-sini. Namun tetap saja wajah itu tersenyum sinis.

"Liat gila orang tua ni. Kalau boleh muka dia aku nak siat." Ralfania menyatakan rasa hatinya. Jikalau diikutkan hati, sudah lama Denzel tiada muka. Boleh juga dia menambah koleksi baru.

"Kau bunuh jelah dia hari ni. Busuk dah bilik tu dengan bau darah dia," kata Ralfania lagi. Sekilas dia memandang Matìas yang sudah mencabut jaket kulitnya.

"Ehem!" Caspian berdehem. Panas pula hatinya Ralfania merenung Matìas lama. Dia ni siapa?

Ralfania menjeling suaminya. Tengok je, bukannya buat apa-apa.

Matìas mengeluarkan pisau jenis needle point kesayangannya. Tajam dan berkilat selepas dia asah malam semalam. Dia memasuki bilik yang menempatkan Denzel. Bau darah segar memasuki rongga hidungnya. Matìas memasang wajah dinginnya.

"Come here to take my life, huh?" soal Denzel sinis. Langsung tidak gentar menatap pisau berkilat di tangan Matìas.

"Maybe. I'm your grim reaper, right?" Pisaunya diputar-putar. Dia berdiri di hadapan Denzel.

"Seronok anak tak kenang budi tu sekarang, kan? Tak kesah langsung dengan bapak dia dekat sini."

"Dia dah bahagia dah pun. Buat apa dia nak sibuk fikir fasal kau?" Tiba-tiba pisau ditusuk pada bahu kiri Denzel menyebabkan lelaki tua itu mengerang perlahan. Darah memancut keluar sehingga terpalit pada pipi Matìas.

"I'm gonna end you, now."

Dia berjalan ke satu sudut yang dipenuhi beberapa alatan seksaan. Mata memerhati teliti alat-alat tersebut. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Alat di telinganya ditekan.

"Nia, kau simpan lagi kerusi besi tu? Aku nak."

Beberapa minit kemudian, Ralfania datang dengan membawa sebuah kerusi besi yang diliputi dengan ratusan paku berbentuk seperti pisau cukur. Perabot ini digunakan pada zaman pertengahan dan dijadikan sebagai alatan seksaan.

Matìas tersenyum senget melihat wajah Denzel berubah sedikit. Kerusi besi tersebut diletak betul-betul bawah Denzel.

Caspian di luar mengangguk apabila menerima isyarat daripada Matìas. Salah satu butang di situ ditekan membuatkan gari di pergelangan tangan Denzel terlepas.

"Argh!" jeritnya kuat tatkala punggungnya tertusuk paku tajam di kerusi itu. Dia terus terduduk sebaik sahaja gari itu terbuka. Terdapat beberapa titik darah yang turun dari punggung dan bawah peha Denzel. Lelaki tua itu menggigit bibirnya, cuba untuk tidak mengeluarkan bunyi.

"Hmm fresh blood." Darah Denzel ditatap jijik. Jijik dengan darah manusia yang berhati busuk. Kakinya menolak dada Denzel, menyuruh dia bersandar pada kerusi besi itu. Sekali lagi tubuh lelaki itu tertusuk pada besi tajam.

Denzel berdesis. Kulit belakangnya terasa dikoyak-koyak. Dia berasa seperti dicucuk pisau dengan banyak secara serentak. Belakang tubuhnya terasa menyengat, begitu juga punggung dan pehanya. Nafasnya tercungap-cungap.

"Duduk situ diam-diam. Selesakan diri. Aku janji lepas ni kau tak akan rasa sakit lagi." Senyuman sinis menghiasi wajah kacaknya. Diikat kedua tangan dan badan Denzel di kerusi besi itu. Badan tegap itu sudah sepenuhnya melekap pada kerusi tersebut. Darah merah pekat menitis semakin banyak di lantai. Bau hanyir juga semakin kuat.

Sementara menunggu Ralfania menyediakan bahan api kepadanya, Matìas merenung lama wajah berpeluh Denzel. Matanya penuh dendam.

"Kau akan rasa apa yang aku rasa selama ni." Buku lima dikepal erat. Rahang bergemeletuk tajam. Sebelah tangan menitikkan darah apabila secara tidak sedar dia menggenggam pisau dengan kuat. Cepat-cepat Matìas balut dengan kain ingin darah tersebut berhenti mengalir.

"Nah, barang yang kau minta." Ralfania memberi beberapa batang kayu dan mancis. Denzel dipandang bersahaja. Dia pernah lihat yang lebih teruk dari ini.

Matìas cuma mengangguk. Batang kayu dinyalakan api. Dia mendekati Denzel dan berdiri di belakang kerusi. Tempat khas untuk tujuan sesuatu menjadi tempat Matìas meletakkan kayu api yang masih marak.

Langkah seterusnya selepas membiarkan mangsa menderita duduk di kerusi besi tersebut. Matìas membuka butang baju teratasnya apabila haba mula memenuhi ruang tersebut.

"Argh! P... Panas!" Denzel meronta kuat. Badannya semakin sakit kerana besi berbentuk pisau cukur mengoyak tubuhnya. Punggungnya sudah terasa melecur dengan api.

Matìas menghiraukan jeritan dan rontaan itu. Dia meneruskan letak kayu api sehingga penuh tempat tersebut. Setelah itu, dia menapak ke depan. Melihat 'karya agung'nya dengan tangan memeluk tubuh.

"Sakit! Panas!" Api mula menjilat betisnya. Kerusi besi itu turut bertukar suhu menjadi panas. Seluruh tubuh badan Denzel kini menggeletar hebat. Luka di badannya turut menjadi impak sakitnya lebih mendalam. Denzel menggenggam tangannya.

"Le... Lepaskan aku! Panas!"

"Ish, jangan bercakaplah! Orang tengah ambil gambar. Shh diam!" Terpaksa Matìas perlu mengambil lagi beberapa keping gambar. Saja dia nak tangkap gambar, boleh simpan kenangan manis ni.

"Argh... F*ck!" Separuh badannya sudah hitam dijilat api. Darah merecik-recik keluar dari liang tubuhnya. Denzel hanya mampu meraung dan menjerit kesakitan.

Matìas mengeluh gembira. Disimpan telefon ke dalam poket. Dagunya ditongkat menatap Denzel. Bibirnya menjungkit sedikit.

"This is for you, mom," gumamnya perlahan. Hanya dia yang mampu dengar. Kejadian di mana dia melihat ibunya sendiri ditarik nyawa oleh anak buah Denzel bermain di fikiran. Dia hanya setahun jagung. Dendam yang disimpan amat menggunung.

Ibunya disiksa hidup-hidup. Dirogol beramai-ramai sebelum dibakar di lantai itu juga. Tubuh yang terkulai layu itu tak mampu berbuat apa-apa. Matìas hanya dapat lihat kerana dia diikat.

Pantas dia mengesat air mata yang mula jatuh ke pipi. Matìas berdeham beberapa kali sebelum bergerak keluar dari bilik tersebut.

"Biarkan dia. Api dah mati nanti baru kau bersihkan dia. Aku nak dia rasa sakit tu sampai nafas dia berhenti," katanya pada Ralfania. Jaket kulitnya dicapai dari atas sofa. Dia terus beredar dari bilik tersebut.

Ralfania menjungkit bahu. Dia melihat Denzel yang mula bertukar berwarna hitam itu. Darah membanjiri lantai. Rontaan lelaki tua tadi pun sudah tidak kelihatan. Yang tinggal hanya mata yang terbeliak dan dada berombak lemah.

 Yang tinggal hanya mata yang terbeliak dan dada berombak lemah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now