𝑳𝒊𝒏𝒄𝒐𝒍𝒏'𝒔 | 38

949 81 5
                                    

KEDAI 7E di hospital dituju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEDAI 7E di hospital dituju. Roti, sedikit keropok dan lima botol air dibeli. Lucian ke kaunter bayaran apabila telah mengambil semua barang.

Senyuman penjaga kaunter langsung tidak dibalas. Semangatnya hilang sejak beberapa hari ini. Semalam, majlis pengebumian Luciana merapuhkan sekeping hatinya. Air mata yang ditahan mengalir juga tatkala melihat seraut wajah itu.

Larissa juga masih belum sihat sepenuhnya. Isterinya masih tidak boleh menerima kenyataan. Berapa kali Lucian cuba memujuk, tetap tidak berjaya.

Lucian hanya mampu berdoa. Dia telah mengarah anak buahnya untuk mencari dalang di sebalik kemalangan tersebut. Firasat hatinya mengatakan kemalangan itu bukanlah kebetulan.

Wad Lucas dan Matìas dituju terlebih dahulu. Pintu wad dibuka.

Lucas tersenyum nipis apabila melihat Lucian. Duduknya dibetulkan.

Lucian memandang sekilas Matìas yang berdiam diri.

"Kau orang macam mana? Dah okay?"

Lucas mengangguk. "Alhamdulillah, luka makin elok, tapi kena banyak berehat. Larissa macam mana?"

Kedua jejaka itu masih tidak bersua muka dengan Larissa sejak kemalangan tempoh hari. Mereka juga tidak pasti sekiranya Larissa masih mahu berjumpa dengan mereka atau tidak.

"Macam tulah. Aku pun tak tahu nak buat apa lagi. Aku takut dia jatuh sakit." Lucian meraup rambutnya ke belakang.

"Aku nak minta maaf, Lucian. Kalau aku elak lori tu..."

"It's okay, Matìas. Bukan salah kau." Lucian tersenyum segaris.

"Aku nak minta kau orang berdua rehat betul-betul. Jaga diri. Aku pergi dulu."

Lucian meninggalkan wad kawannya. Wad Larissa dituju.

Wanita kesayangannya sedang berbaring mengiring. Lucian berkerut sedikit. Beg plastik yang mengandungi barang yang dibelinya diletak atas meja.

"Love," panggilnya lembut. Bahu Larissa dipegang.

Larissa tersentak. Dia mengalihkan badannya. Tiada langsung sinar di mukanya. Tubuhnya dibaring menelentang dibantu Lucian.

"Love nak makan? Aku ada beli makanan sikit."

Larissa menggeleng lemah. Mulutnya tidak mampu dibuka.

"Saya tak ada selera," balasnya tanpa perasaan. Wajahnya dipalingkan ke arah lain. Mengelak dari memandang suaminya.

Lucian menghela nafas. Dia duduk di birai katil. Dagu Larissa ditarik menghadapnya.

"Sampai bila nak macam ni, hm? Kau tak nak makan, tak nak bercakap dengan aku, seharian termenung. Aku risau kau sakit, love."

"I miss you, Dee dee." Tangan mereka disulam bersama. Lucian menatap dalam anak mata isterinya.

"Kau tak rindu aku ke?"

𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now