Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"HE'Shere?"
Marcus mengangguk perlahan. Dia berdiri tegak bersama tangan di belakang badan.
Denzel tersengih sinis. Wain merah di dalam gelas disisip perlahan. Lidahnya bermain dengan isi mulut.
"With his wife?"
"Si, señor." Marcus menjawab. Wajahnya dingin tidak berperasaan.
Ketawa halus dilepaskan. Denzel berdecit mengejek. Lelaki separuh abad itu mengerling anak buah kepercayaannya.
"I heard, Jacqueline kidnapped Luciana?"
.・。.・゜✭・.
"UWEK!Uwek!"
Jacqueline duduk di hujung bilik. Rambutnya yang berserabai dicengkam kuat. Matanya memerah menahan amarah.
"I said shut up!" jerkahnya kuat, menguatkan lagi tangisan Luciana. Bayi itu merengek meminta susu.
Dadanya berombak kencang. Bibir diketap kuat. Dia bangun dari lantai keluar dari bilik, menuju ke dapur. Matanya melilau mencari sesuatu di dapur. Matanya tertancap pada beberapa jenis pisau di tepi singki.
Bibirnya mengukir senyuman jahat.
"Hmm nice." Pisau tajam berkilat diteliti sekejap. Kakinya perlahan-lahan menuju ke bilik tadi semula.
"You're just a burden to me." Pisau tajam berkilat itu diangkat tinggi. Mata dipejam beberapa saat, sebelum dibuka kembali. Senyuman jahat terletak elok di wajah.
.・。.・゜✭・.
"ALLAH!"
Larissa terjaga dari lenanya. Posisi baring bertukar duduk. Wajah ditekup. Tangannya menggigil mengingati mimpi yang baru dialaminya sebentar tadi.
"Allahuakbar..." Bergetar seluruh badannya mendengar tangisan Luciana. Hatinya dihimpit rasa risau.
Air mata menitik sedikit demi sedikit. Mummy rindu Luciana...
Lucian keluar sahaja dari bilik air, terkejut melihat isterinya menangis. Laju tubuh isterinya dipeluk. Kepala Larissa dikucup beberapa kali. Mulutnya terkumat-kamit membaca selawat.
"Biy, saya rindu Luciana..." luah Larissa perlahan. Wajahnya disembam ke leher suaminya. Air mata dibiar mengalir.
"I know, love. Kita cari dia esok, ya?" Muka Larissa ditekup dengan telapak tangannya. Wajah jelita itu sudah basah dengan mutiara jernih. Lucian tersenyum kelat.
Larissa menggeleng laju. "No, no. Kita tak boleh tunggu esok. S... Saya mimpi, Luciana kena tikam..."
"Larissa!"
Larissa tersentak. Air mata bergenang kembali apabila disergah begitu. Hatinya sedikit terguris apabila Lucian meninggikan suara kepadanya.
Lucian turut terkaku. Bibirnya terbuka ingin berkata sesuatu. Tangan ingin mencapai tangan Larissa, namun wanita itu pantas menepisnya.