SUASANA di meja makan tidak seperti selalu. Bunyi riuh tawa kini telah berganti dengan suasana dingin dan tegang. Matìas dan Lucas memandang sesama sendiri, kemudian kepada dua orang pasangan di hadapan mereka.
Larissa menyuap makanan lembut kepada Luciana. Anak gadis itu sudah mencecah enam bulan. Sesekali pingir bibir Si Kecil dilap dengan napkin. Wanita itu senyap sedari tadi.
Lucian di sebelah kanan Luciana hanya fokus pada makanannya. Apabila disoal Matìas ataupun Lucas, dia hanya mengangguk atau menggeleng.
Hanya Luciana seorang sahaja yang berbunyi. Anak gadis itu turut bingung dengan suasana sekarang. Tak macam selalu.
Lucas menggigit bibirnya. Kakinya menendang kaki Matìas di bawah meja.
Matìas memandang Lucas. Kening dijungkit bertanya kenapa.
Lelaki berambut perang keemasan itu memuncungkan bibirnya ke arah Larissa dan Lucian.
Laju Matìas menggeleng. Tanda tidak perlu mengacau mereka. Biar mereka sahaja yang menyelesaikan masalah ini. Spaghetti disuap ke dalam mulutnya.
"Aku nak keluar." Lucian bersuara. Pinggan dibawa ke belakang.
"Letak je tepi singki, nanti saya basuh," kata Larissa. Langsung tidak memandang Lucian. Dia juga sudah menghabiskan makanannya. Larissa bangun dari kerusi lalu melintas di hadapan suaminya.
Lucian mengeluh perlahan. Rambutnya diraup ke belakang.
"Jaga Larissa dengan Luciana," pesan lelaki itu pada Lucas dan Matìas. Sempat dia mencium kepala Luciana. Tersengih anak gadis itu memandang daddynya.
Lucas mengangguk. Bibirnya tersenyum kelat.
Tangan yang ingin membuka tombol pintu, terhenti. Lucian melihat Larissa yang sedang membasuh pinggan. Bibir dikemam, sebelum dia melangkah semula ke dapur.
Larissa menghiraukan Lucian yang berdiri di sebelahnya. Tadi nak keluar, kenapa tak pergi lagi?
"Aku pergi dulu."
CUP
Dahi Larissa dikucup sekilas. Lucian tersenyum segaris. Melihat tiada respon daripada Larissa, dia terus ke pintu utama.
"Lucian."
Lelaki itu memberhentikan langkah. Badan dipaling ke belakang. Keningnya dijungkit sedikit.
Larissa mencapai tangan kanan Lucian, sebelum dikucup lembut. Dia tersenyum nipis.
"Take care."
Lucian tersenyum. Kepala diangguk, sebelum dia melangkah keluar dari rumah.
Larissa memerhatikan kereta suaminya meluncur keluar dari perkarangan rumah. Bibirnya melepaskan keluhan berat.
.・。.・゜✭・.
"BETUL, dia dekat sini?" soalnya pada anak buahnya, Remy. Tatapannya tajam pada rumah apartment mewah di hadapannya.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
Romansa[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...