LARISSA menguap panjang. Mata mengerling sekilas jam di dinding. 12 malam. Mulutnya melepaskan keluhan berat.
Seharian suaminya di luar rumah. Pergi mana?
Matanya ingin tertutup, mencelik kembali apabila mendengar bunyi pintu dibuka. Larissa bangun dari sofa, terus ke pintu hadapan.
Lucian yang baru sahaja mengunci pintu, terkejut melihat figura isterinya. Kening dijungkit. "Kenapa tak tidur lagi?"
"Saya... Saya tunggu awak." Kepala ditundukkan. Larissa bermain dengan hujung baju tidurnya.
"Aku dah balik, kan? Pergilah naik tidur," katanya lembut. Dapat dia lihat betapa mengantuknya Larissa sekarang.
Larissa diam. Dia mahu naik ke bilik bersama Lucian sebenarnya. Keluhan berat dilepaskan. "Okay," balasnya terus naik ke bilik.
Setapak Larissa mendaki tangga, dia menjerit kecil apabila terasa badannya dicempung. Tangan automatik melingkar di leher suaminya.
Lucian diam tak berkutik. Pandangan isterinya turut diendahkan.
Masuk ke dalam bilik, Lucian meletakkan Larissa di atas katil. Baru sahaja dia ingin berjalan ke bilik air, tangannya ditahan Larissa.
"Sampai bila kita nak macam ni?"
Senyap. Lucian mengetap bibir.
"You said you need time, right?"
Larissa mengemam bibir. Tangannya yang memegang Lucian dilepaskan. Dia bermain dengan jarinya.
"Tapi, saya..." Larissa berhenti tatkala Lucian memagut dagunya. Mata mereka berlaga.
"Take your time. Aku tahu benda ni susah untuk kau hadam. Jadi aku bagi masa dekat kau, alright?"
Perlahan-lahan, Larissa mengangguk. Dagunya telah dilepaskan.
"Tidur, dah lewat." Rambut Larissa diusap seraya bibirnya mendarat di dahi bersih isterinya itu. Terus, tuala di tempat penyangkut dicapai dan dia berlalu masuk ke dalam bilik air.
.・。.・゜✭・.
LUCAS mendekati Matìas yang sedang bermain dengan telefonnya. Dia menghimpit tubuh tegap Matìas.
"Kau kenapa?" Matìas menolak bahu Lucas dari menghimpitnya. Punyalah besar sofa ni, nak juga berhimpit.
Lelaki itu menolehkan kepalanya ke kiri dan kanan. Ingin memastikan tiada siapa selain mereka berdua di situ.
"Larissa dengan Lucian dah berbaik ke?" bisiknya di telinga Matìas. Sesekali dia melihat ruang tamu itu.
"Entah," balas Matìas. Bahu dijungkit selamba. Mata difokuskan pada telefonnya.
Lucas memuncung. "Sampai bila rahsia ni nak dirahsiakan? Larissa patut tahu semuanya, bukan separuh aje," luahnya sendiri. Rambut diraup ke belakang.
"Itu semua kerja Lucian. Aku pun setuju dengan kau tapi, Lucian sendiri tak nak bagitahu Larissa lagi. Nak buat macam mana?" Matìas mengeluh dalam diam. Lucas dikerling sekilas.
"Kau rasa, apa reaksi Larissa bila dia tahu semua ni?" Lucas menyoal.
Matìas menjungkit bahu. "Entah. Ada peperangan dunia ketiga?"
PAK!
"Sakitlah!" Matìas mengusap pehanya yang ditampar Lucas. Dasar kawan!
"Janganlah cakap macam tu, bengap! Kita doa yang baik-baik dah la." Lelaki itu menjeling rakannya. Lucas melihat Matìas yang masih mengusap pehanya itu. Terbit pula rasa kasihan.
"Sakit ke?"
"Jangan raba akulah!" Tangan Lucas yang ingin mengusap pehanya ditepis laju. Bulu roma lelaki itu mula menegak.
Lucas tersengih. "Hehe, sorry..."
.・。.・゜✭・.
ARAK yang dipesan dari bartender tadi diteguk rakus. Sisa air di pingir bibir dilap dengan belakang tangan. Rambutnya ditebak ke belakang.
"Banyak minum," tegur Si Dia dari belakang. Jacqueline menjeling lelaki itu. Dengusan kasar terlepas dari bibirnya.
Danny menjungkit kening sebelahnya. Segelas coke dipesan. Dia malas mahu minum minuman keras malam ini. Jacqueline dipandang hairan.
"You dah kenapa, huh? Serabut lain macam je." Danny melilaukan matanya. Matanya dikenyit sebelah apabila bertentang mata dengan sekumpulan wanita yang duduk di hujung club.
"I serabutlah! I tak faham, kenapa susah sangat Lucian nak terima I semula?" Segelas minuman keras dipesannya lagi. Jacqueline mahu melepaskan stresnya malam ini.
Lelaki berkemeja kelabu itu tersenyum sinis. Kepala digeleng perlahan. "I dah pesan dekat you, jangan kacau Lucian lagi. You yang gatal sangat nak dekat dia balik. Sekarang, tanggunglah," sinis Danny. Rambutnya dikuak.
"You kena tolong I, Danny!"
"Oh, sorry but no thanks! I malas nak terlibat dengan masalah yang you cari sendiri." Danny menggeleng kepalanya, menolak sekeras-kerasnya ajakan Jacqueline.
Wanita itu mencebik. Lantas rahang Danny dicengkam lalu dibawa rapat dengannya. Bibir lelaki tersebut ditindih beberapa saat, sebelum dilepaskan.
"Help me please, Danny. Just one more time," rayu Jacqueline. Matanya terkelip-kelip memandang Danny. Sebelah tangannya lagi mengusap kekura lelaki itu.
Danny tersenyum. Kedua-dua tangan Jacqueline ditepis. Bibirnya dilap dengan tisu, seperti jijik dengan sentuhan wanita itu. Tangannya turut diusap, seperti membuang kesan Jacqueline daripadanya.
"Murah sangat you ni, Jacqueline. Whatever it is, I will never help you again. Sorry." Punggung diangkat ingin beredar dari situ. Danny memberhentikan langkah tatkala Jacqueline menahannya. Keluhan berat dilepaskan dari lelaki itu.
"Jacqueline, I dah kata..."
"How about your brother, hm? Tak akan tak nak balas dendam kut?" Jacqueline menjungkit kening. Jarinya bermain dengan kolar baju Danny.
Dengan kasar tangan Jacqueline direntap. Matanya tajam menikam wajah wanita itu. Jari telunjuknya ditunjuk di hadapan Jacqueline.
"Jangan sebut nama dia depan I, I benci."
Jacqueline menahan tawanya. Bibir melorek senyum sinis. Bahu Danny dipaut. Matanya sengaja dikebilkan.
"Tolong I, eh?"
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒
Romance[ BOOK II UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐍𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧. 𝐁𝐮𝐭 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞 𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞 ❞ Lucian Kennedy atau... Lucian Lincoln? Ataupun... Kedua-duanya? Di mata o...