𝑳𝒊𝒏𝒄𝒐𝒍𝒏'𝒔 | 33

855 70 1
                                    

LUCIAN menunggu dengan sabar isterinya pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LUCIAN menunggu dengan sabar isterinya pulang ke rumah. Sejambak bunga mawar di tangan direnung sekejap. Entah apa yang merasukinya, dia membeli bunga mawar itu untuk isterinya.

KLAK

Lucian bangun dari sofa. Tersenyum lebar dirinya melihat wanita kesayangannya menapak masuk ke dalam rumah. Laju sahaja dia menerpa isterinya. Tubuh kecil itu dipeluk erat.

"Lama kau keluar, kata sekejap je?" Wajahnya disembam ke leher Larissa yang ditutupi tudung. Dia memeluk Larissa buat beberapa minit.

Lucian meleraikan pelukan. Bunga mawar yang disorok di belakang badan dihulur pada Larissa.

"For you. Suka tak?"

Larissa mencapai huluran bunga mawar tersebut. Bibirnya tersenyum nipis. Matanya bertentang dengan sepasang mata berwarna hazel suaminya. Air mata mula bertakung di situ.

"Hei, what's wrong?" Kedua belah pipi Larissa ditekup dengan telapak tangannya. Dahi Larissa dikucup hangat.

Esakan Larissa mula pecah. Hujung baju suaminya dipegang erat.

"Jacqueline."

Lucian senyap. Tangannya kaku ingin mengesat air mata wanita itu. Pandangan dipakukan pada wajah basah isterinya.

Larissa mengemam bibir. Payah dia ingin menyebut ayat itu. "Dia... Dia bekas isteri awak, kan?"

DANG

Liur ditelan payah. Melihat kebisuan suaminya, air mata lebat menuruni pipi. "Jadi betullah?"

Lucian memalingkan wajahnya. Tidak betah memandang lama wajah Larissa. Dadanya terasa sebak.

"Lucian, I'm talking to you!"

"Yes, she is!" Lucian menarik nafasnya. Bahu Larissa ditarik mendekatinya.

"But, let me explain..."

"No, lepaskan saya." Larissa menepis tangan Lucian dari memegangnya. Air mata dikesat lesu.

"Love, let me explain!"

"Saya tak nak dengar! Awak faham tak? Just... let me calm myself," katanya lemah. Badan disandar pada dinding, menghalang tubuhnya dari melorot jatuh. Larissa memegang dadanya yang terasa sempit.

"Saya naik dulu." Larissa berdiri tegak. Dengan langkah yang sungguh lemah, dia mendaki tangga. Bunga mawar pemberian suaminya dibawa bersama.

Lucian melihat isterinya naik ke atas dengan pandangan sayu. Matanya memanas membuatkan dia memicit pelipis.

She knows, Lucian.

.・。.・゜✭・.

SEJADAH menjadi tempat dia mengadu. Terhinjut-hinjut bahunya, cuba melepaskan segala rasa di dada. Hidungnya merah, bibirnya menggeletar.

𝐂 | 𝐋𝐈𝐍𝐂𝐎𝐋𝐍'𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐒Where stories live. Discover now