Budayakan VOTE dan
COMMENT!.
.
I'm Not The Main Character!
.
.Happy Reading~
.
.
Di dalam kelas, seluruh perhatianku sudah tidak aku ambil peduli lagi.Guru yang sedang mengajar di depan,langsung tidak kuendah. Sekarang ini,aku masih lagi mengingat kejadian pagi tadi sambil merenung jauh ke luar tingkap.
Memang menyakitkan hati jika teringat kembali.
Aku tahu Min Hoon tidak sengaja kerana ia cuba menyambut aku yang hampir jatuh, tetapi tetap saja bagiku itu tidak berguna jika dia mempergunakan kesialanku itu untuk mengambil peluang menyentuhku.
Bahkan dia bukannya segera menjauh,ia malah merenung dalam ke anak mataku membuat aku semakin takut!
Tidak lama, loceng rehat berbunyi. Terlihat pelajar yang lain mulai mengemas buku-buku mereka dan memasukkan kembali ke bawah meja diikuti dengan guru yang berhenti dari mengajar,tidak lupa memberikan kerja sekolah sebelum berjalan keluar.
"Hey hari ini kita mahu makan apa?Jangan risau Jung Hee yang belanja." Kata Dong Sun sepihak tanpa persetujuan daripadaku. Dia malah dengan santainya bergantung di bahu aku seperti monyet.
"Kau sudah puas hidup ya?" Wajah bengong Dong Sun semakin membuat emosiku bertambah buruk.
Mendapat tatapan membunuh daripada Jung Hee,langsung membuat Dong Sun segera menarik tangannya. Manakala Hyun Jae pula hanya ketawa melihat kekonyolan kedua temannya.
"Yoo kami sudah senang hati membantumu tadi,setidaknya kau harus membayar kami. Lagipun perjanjian asal kita sudah batal gara-gara kau tidak mahu ke bar lagi."
Sialan punya member!
"Iya, benar apa yang dikatakan Dong Sun. Kali ini kami ingin menuntut janjimu, jangan risau kami tidak akan menuntutnya setiap kali kau diculik Min Hoon pftt..." Tambah Hyun Jae sambil terkekeh kecil.
Aku yang sudah tidak lagi akhirnya mengalah.Mendengar suara mereka hanya akan membuat kepalaku mendidih saja.
"Baiklah baiklah kali ini aku akan belanja kalian, tapi pastikan servis kalian selepas ini lebih baik!Dan jangan sesekali pernah tiinggalkan aku sendiri seperti pagi tadi." Aku berdiri sambil memberi mereka peringatan.
Kerana pada dasarnya semua itu terjadi kerana salah mereka yang telah meninggalkan aku.Jika dari awal mereka tidak tinggalkan aku dan memilih untuk berlari bersama, kuyakin aku tidak akan terserempak dengan Min Hoon dan berakhir atas katil dengannya!
Dan aku juga pasti tidak akan terluka dan bertemu katak keparat itu.Gara-gara dia aku tidak sengaja memeluk Min Hoon meskipun cukup hangat menurutku tetapi tentu saja aku tidak akan pernah mengakuinya.
"Dan asal jangan kau pula yang tiba-tiba hilang, buat kami panik saja cari seluruh sekolah." Kata Hyun Jae yang kini turut mengikuti aku yang berjalan keluar dari kelas.
"Jika aku hilang sekalipun,kalian pasti tahu mencariku di mana." Sengaja aku tidak menyebut nama Min Hoon kerana memang hanya Min Hoon seorang yang mengincar Jung Hee.
"Bagaimana jika dia membawamu pulang ke rumahnya?" Dong Sun punya pemikiran, gajah pun boleh terbang.
"Dia tidak segila itu." Kataku santai.
Kami bertiga meneruskan langkah menuju ke kantin.Suasana kantin masih terlihat biasa saja ketika kami tiba di sana,masih tidak terlalu banyak pelajar yang datang dan ini menjadi peluang buat kami untuk membeli makanan dan mendapatkan tempat duduk tanpa berebut lagi.
YOU ARE READING
𝙰𝙺𝚄 𝙱𝚄𝙺𝙰𝙽 𝙳𝙸𝙰;【𝐌𝐢𝐧 𝐇𝐨𝐨𝐧】✔️
Short Story1 CERITA, 5 ENDING *** "Itu dia! Kejar!" "Berhenti mengejarku keparat!" Pada awalnya Sang Hee berniat mengantikan adik lelaki kembarnya untuk menolak cinta dari seorang lelaki yang terobsesi dengan adiknya, Jung Hee. Sang Hee berfikir tidak akan ses...