Budayakan VOTE dan
COMMENT!.
.
I'm Not The Main Character!
.
.Happy Reading~
.
.
Ini sudah hari ketiga penyamaran aku.Dan cuba tebak sudah berapa banyak masalah yang aku dapatkan semenjak menjadi Jung Hee?Dari aku yang hampir dibunuh sampailah aku dikejar Min Hoon dan teman-temannya.
Moment itu adalah sejarah dalam hidupku. Aku sudah bertekad untuk tidak lagi keluar rumah kecuali untuk ke sekolah.
Pada malam aku pulang setelah dihantar Min Hoon--tentu saja tidak kutunjuk di mana letak rumahku berada,aku tidak banyak bercakap.Jung Hee yang menanyakan aku pelbagai pertanyaan kuabaikan, kerana aku masih teringat akan apa yang sudah aku lakukan.
Jika aku menceritakan pada Jung Hee mengenai aku yang tidak menolak perasaan Min Hoon,adikku pasti akan marah. Aku tahu menolak cinta dari seseorang itu tidak sulit apalagi dari orang yang tidak kucinta,tapi entah kenapa aku merasa ada sesuatu yang tidak kuketahui dari Min Hoon.
Malam itu kulihat Min Hoon lebih banyak ketawa dari biasanya.Dia mungkin terlihat menyeramkan jika sedang mengejarku tapi wajah yang ia berikan padaku waktu kami berduaan di depan cafe membuat aku penasaran dengan masa lalunya.
Kata-kata yang ia lontarkan padaku seolah-olah merasa takut akan kehilanganku padahal sudah jelas dia dengan Jung Hee hanyalah orang asing yang kebetulan bertemu.
Fikir punya fikir kerana itulah aku mencuba untuk membuat Min Hoon membenciku.Jika dengan terus melarikan diri membuat dia semakin mengejarku,kali ini aku bertekad untuk melakukan segala hal untuk buat Min Hoon berpaling dariku.
Mungkin dengan cara ini dia nantinya akan sedar yang di antara dia dengan Jung Hee bukanlah takdir.
Tapi itu tidak bermakna jika aku terserempak dengan Min Hoon,aku akan buat bodoh saja.Tidak, aku masih dengan rencana asal aku untuk menjauh darinya sedaya mungkin menggunakan bantuan Dong Sun dan Hyun Jae.Tapi dalam waktu yang sama dia akan menyaksikan kegilaan Jung Hee yang sebenarnya.
Aku tidak tahu dari sisi mana yang membuat Min Hoon tertarik dengan adikku.Apa kerana dia tampan?Cantik?Itu tidak mungkin.Mereka sudah satu sekolah sejak lama sehingga hari itu mereka dipertemukan dengan Min Hoon yang hanya berniat menolong Jung Hee.
Aku sebagai seorang kakak tentu saja ingin yang terbaik buat Jung Hee.Aku tidak ingin ia merasa tidak selesa berada di sekolah kerana Min Hoon.
Waktu aku juga sangat singkat di sini,jadi selama sisa 11 hari ini,aku yakin Min Hoon pasti akan berpaling dari adikku.
"Hey Jung Hee, kau terlalu banyak mengelamun sejak dihantar Min Hoon kelmarin. Apa dia bertindak mencium mu?" Bisik Dong Sun sambil menaik turunkan keningnya.
Aku yang melihat memukul kepalanya menjauh, "Cium pantatmu!"
Dong Sun mendengus sakit sambil mengusap kepalanya.Tanpa membalikkan kerusinya,dia pun duduk mengadap aku lalu bertumpu pada kerusi. "Aku serius bertanya padamu Jung Hee, dia tidak melakukan sesuatu padamu kan?"
Pertanyaan dari Dong Sun mengalihkan perhatian aku dari buku.Ini masih jam pelajaran dan kelas sudah kosong kerana banyak pelajar yang memilih untuk berkeliaran kerana para guru harus menghadiri mesyuarat.
Termasuk Hyun Jae yang turut menghilang,mungkin dia lagi ke kelas sebelah dan melawan abang wanita yang aku lupa namanya siapa untuk mendapatkan cinta hatinya.
YOU ARE READING
𝙰𝙺𝚄 𝙱𝚄𝙺𝙰𝙽 𝙳𝙸𝙰;【𝐌𝐢𝐧 𝐇𝐨𝐨𝐧】✔️
Short Story1 CERITA, 5 ENDING *** "Itu dia! Kejar!" "Berhenti mengejarku keparat!" Pada awalnya Sang Hee berniat mengantikan adik lelaki kembarnya untuk menolak cinta dari seorang lelaki yang terobsesi dengan adiknya, Jung Hee. Sang Hee berfikir tidak akan ses...