Budayakan VOTE dan
COMMENT!.
.
I'm Not The Main Character!
.
.Happy Reading~
.
.
Aku kini tengah berada di ruang kesihatan.
Min Hoon membawaku ke sini sambil membantu merawat luka Hyun Jae.Luka yang didapati Hyun Jae tidak terlalu parah, hanya saja meninggalkan kesan lebam di perutnya.Aku turut membantu Min Hoon mengubati luka Hyun Jae.Usai membalut luka Hyun Jae,aku menghampirinya.Kupandang wajah tenang Hyun Jae.Min Hoon sudah memberinya ubat penenang tadi sehingga kini dia sedang tertidur pulas.
Aku tersenyum lembut sambil mengenggam tangan kanan Hyun Jae, rasa berterima kasih padanya kerana rela terluka demiku.Ini kali pertama aku berasa sangat iri dengan adikku sendiri kerana memiliki teman sebaik Hyun Jae.
"Biarkan dia berehat, kesan lebam di perutnya tidak akan menghilang buat masa sekarang." Kata Min Hoon lalu tiba-tiba dia menarik tanganku untuk mengikutinya.
Aku terkejut tetapi kubiarkan saja dia menarikku ke katil sebelah.Dia mendudukkan aku di sana manakala Min Hoon pula menarik satu kerusi dan mendudukkan dirinya di hadapanku.Posisi ini mengingatkanku akan kejadian yang terjadi kelmarin.
"Begitu juga dengan mu."
Aku berkerut bingung dengan kata-kata Min Hoon.Apa maksud dia?
Melihat aku hanya diam,Min Hoon tanpa buang masa menarik leherku.Hal tersebut tentu saja sontak membuat aku panik, wajah Min Hoon lagi-lagi berada dekat denganku dengan anak matanya yang menatap lurus ke arah leherku.
Aku yang masih tidak mengerti situasi mencuba melawan, "Apa yang kau lakukan!Jangan menyentuhku."
Kutepis tangan Min Hoon menjauh sebelum leherku kusentuh pelan kerana tadi aku merasakan sensasi geli ketika tangannya menyentuh area kulitku.
"Lehermu terluka." Min Hoon menunjukkan kesan lebam di leherku dan seketika aku baru teringat tadi aku habis dicekik.
"Jika dibiarkan, lama-lama ia akan berubah jadi lebih parah.Aku tak mahu melihat kulit kau tercalar sedikit pun." Dengan hati-hati ia menyapukan ubat, kali ini aku tidak lagi melawan atau pun menahannya.
"Lain kali jangan terlalu suka membahayakan dirimu lagi. Aku tidak sepanjang waktu berada di sisimu untuk membantu mu, jadi jangan buat aku khawatir lagi." Kata Min Hoon tanpa memandangku.Ia masih sibuk meratakan ubat di sekitar leherku.
"Berhenti mencemaskan aku, Min Hoon. Kita tiada apa-apa hubungan dan lagi satu aku juga tidak meminta bantuan darimu."
"Jadi kau mahu kata yang kau lebih rela terluka?" Min Hoon kini beralih menatapku dengan tajam.
Aku yang ditatap sedekat ini merasa salah tingkah.Terus aku pura-pura melihat ke arah lain.
"Itu lebih baik dari berakhir seperti ini." Aku tidak peduli jika kata-kataku membuat Min Hoon kecewa kerana dari awal aku tidak pernah berharap dia datang membantuku.
Manakala Min Hoon pula hanya mendengus lelah.Dia mengeleng melihat sikap keras kepala Jung Hee, "Bagaimana dengan kakimu?Sudah lebih baik?"
"Yeah setelah dikejar 3 anjing gila kemarin, kakiku langsung pulih."
Min Hoon yang hampir selesai membalut leherku menghentikan tangannya.Dia melirikku sejenak sebelum kembali menyelesaikan balutan di leherku.Usai semuanya,dia pun mendekat padaku.
YOU ARE READING
𝙰𝙺𝚄 𝙱𝚄𝙺𝙰𝙽 𝙳𝙸𝙰;【𝐌𝐢𝐧 𝐇𝐨𝐨𝐧】✔️
Proză scurtă1 CERITA, 5 ENDING *** "Itu dia! Kejar!" "Berhenti mengejarku keparat!" Pada awalnya Sang Hee berniat mengantikan adik lelaki kembarnya untuk menolak cinta dari seorang lelaki yang terobsesi dengan adiknya, Jung Hee. Sang Hee berfikir tidak akan ses...