Budayakan VOTE dan
COMMENT!.
.
I'm Not The Main Character!
.
.Happy Reading~
.
Jung Hee.
Di mata semua orang dia digambarkan sebagai pelajar bermasalah,tukang buat onar dan most wanted di sekolah.
Meskipun ia bertubuh kecil tapi didampingi dua sosok temannya Hyun Jae dan Dong Sun membuat dia seringkali bertingkah kurang ajar dan suka cari gaduh dengan sekolah lain.
Banyak yang tidak diketahui sang kakak mengenai adiknya satu ini.Jung Hee banyak kali berurusan dengan geng sebelah kerana pada dasarnya ia itu suka ikut campur urusan orang.
Meski begitu ia terkenal di mata perempuan yang tertarik pada sifat badboynya dan paras rupanya yang bagi mereka sangat manis dan tampan.Kerana itulah Jung Hee dulu suka bersenang-senang di bar untuk mencari wanita.
Mahu kata Playboy tidak juga kerana Jung Hee tidak pernah bercinta dengan mereka semua.Hanya sekadar suka-suka dan setelah itu ia cari pengganti.
Brengsek?Masih ada yang lebih brengsek kerana Jung Hee suka memberi harapan palsu tapi pada akhirnya ia abaikan.
Tapi di mata seorang Min Hoon, Jung Hee itu penyelamatnya.
Ia mungkin tidak mengenal Jung Hee dari awal, siapa dan di mana dia tinggal tidak pernah pun selama ini ia peduli.Atau lebih tepatnya ia tidak peduli dengan semua murid di sekolahnya.Ia pindah hanya alasan ingin lari dari masa silamnya.
Ia cukup bersabar sejak pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah baru. Ternyata pindah sekolah cukup menguji kesabarannya kerana ramai yang ingin berteman dengannya tapi semua ia tolak mentah-mentah.
Dan pada akhirnya ia dicap sebagai sosok pendiam dan dingin ,tiada siapa yang berani dekat dengannya terutama pelajar perempuan.Dekat sahaja benda di samping mungkin saja akan melayang jadi daripada cari mati lebih baik mundur.
Ramai berpendapat bahawa Min Hoon sombong tapi setelah setahun ia di sana, rumor lama kembali tersebar.Min Hoon menjadi topik perbualan orang ramai di sekolah dan mengubah pandangan mereka terhadap Min Hoon.
Mungkin dia masih teringat pada sosok wanita yang ia cintai sehingga tidak mahu dekat-dekat dengan perempuan lain, kira-kira begitulah fikir mereka semua.
Padahal mereka tidak tahu alasan yang sebenarnya kerana Min Hoon telah menutupnya rapat-rapat, tiada siapa yang tahu kecuali kedua temannya.
"Cieee...yang akan kencan dengan Jung Hee." Dae Ho si perusak suasana memecahkan lamunan Min Hoon yang tengah bersiap-siap.
"Berhenti mengejekku atau ku lempar kau keluar dari sini."
Wajar ia mengancam begitu kerana kini, Dae Ho berada di apartmentnya. Sepupunya itu tiba-tiba saja muncul ditengah persiapannya untuk menemui Jung Hee hanya semata-mata untuk menganggunya.
"Hehe aku cuma bercanda.Oh iya Min Hoon, geng Nova terus menanyakan mu. Ketua brengsek mereka masih tidak menerima kekalahan mereka dan terus menentang mu, aku muak jika harus berurusan dengan mereka."
Pandangan Min Hoon beralih pada Dae Ho yang tengah berbaring malas di sofa.
"Ck, apa susah?Kau saja yang lawan si muka tandas itu, aku sudah pensiun beritahunya."Dae Ho terkejut.Dia bergegas bangun dari baringnya dan duduk mengadap Min Hoon yang tengah memakai jaket.
"Hey hey! Jangan begitulah...Revan geng tanpa kau tidak pernah lengkap.Dah lah sekarang kau tak mahu lagi berkumpul di tempat biasa, aku harap kau jangan mengundurkan diri."
YOU ARE READING
𝙰𝙺𝚄 𝙱𝚄𝙺𝙰𝙽 𝙳𝙸𝙰;【𝐌𝐢𝐧 𝐇𝐨𝐨𝐧】✔️
Short Story1 CERITA, 5 ENDING *** "Itu dia! Kejar!" "Berhenti mengejarku keparat!" Pada awalnya Sang Hee berniat mengantikan adik lelaki kembarnya untuk menolak cinta dari seorang lelaki yang terobsesi dengan adiknya, Jung Hee. Sang Hee berfikir tidak akan ses...