9:Lari dan sembunyilah Jung Hee!

9 3 0
                                    

Budayakan VOTE dan
COMMENT!

.

.

I'm Not The Main Character!

.

.Happy Reading~

.

.

"Mereka sudah berambus?"

Aku yang baru selesai mandi,bertanya pada Hyun Jae yang sedang mengintip ke luar tingkap.Mencari sosok Min Hoon dan kedua temannya jika-jika mereka masih ada atau sudah pulang ke rumah masing-masing.

Ini sudah pukul 7 malam.

Selepas kami selesai mengejek mereka bertiga,aku langsung menutup langsir agar tidak mahu melihat wajah menyebalkan mereka lagi.Dan setelah itu kami banyak menghabiskan masa dengan bermain game di bilik Hyun Jae dan berakhir kami bertiga terlelap.

"Sepertinya iya, aku tidak melihat tanda-tanda curiga di sekitar luar rumah. Lagipun ini sudah malam, mereka pasti sudah pulang." Hyun Jae menutup kembali langsir dan menatap Jung Hee yang berdiri di depan tangga.

"Lihat,udah kukata bukan?Baju itu sangat sesuai dengan ukuran tubuh mu." Puji Hyun Jae dengan dirinya yang sudah berganti pakaian. Dari mereke berdua,dia yang paling awal bangun.

Aku yang ditatap tersenyum kekok sambil memandang baju Hyun Jae yang kupakai. Sedikit kebesaran denganku tapi ini jauh lebih baik dari menampakkan bentuk tubuhku dan juga dadaku yang pasti.

Jika mengira penyamaran aku berjalan lancar selama proses mandi tadi,kalian salah besar.Kerana si lintah darat Dong Sun tidak ingin membiarkan aku mandi seorang diri.Aku yang tidak mahu identiti asliku terbongkar terpaksa harus menahan Dong Sun agar ia tidak ikutan mandi bersamaku.

Pelbagai cara kupakai agar ia tidak menganggu acara mandiku tapi Dong Sun tetap berdegil.Dan pada akhirnya aku menendangnya keluar dari bilik Hyun Jae dan menguncinya.Menyumpah serapah Dong Sun diluar pintu tapi tidak kuambil peduli.

Gila apa aku harus mandi dengan lelaki!

Selang beberapa minit,aku keluar dengan berpakaian lengkap.Sedikit mengambil masa lama sebenarnya kerana aku harus mengeringkan rambut asliku lebih dulu baru memakai rambut palsu.Untung saja rambut palsu yang kubeli ini sangat kuat dan tidak akan tertanggal semudah itu.

"Sudah beritahu kakakmu yang kau akan bermalam di sini?Aku tak nak nanti aku yang kena masalah." Aku mengikuti Hyun Jae yang duduk di ruang tamu dan turut menghempaskan diriku di kerusi berlainan.

"Iya dia tidak keberatan asalkan aku tidak tinggal di sini."

Hyun Jae ketawa, "Kakak mu lucu sekali."

Aku yang mendengar hanya menanggapi dengan senyuman.Sebenarnya itu jawapan dari Jung Hee sendiri.Aku menghantar pesan tadi padanya mengatakan yang aku akan bermalam di rumah Hyun Jae.

Dia mulanya tidak mengizinkan aku kerana takut jika penyamaran aku akan terbongkar tapi setelah difikir ulang, Hyun Jae pasti akan mengesyaki aku lagi.

Alhasil Jung Hee bersetuju dan menyuruhku agar berhati-hati kerana kedua temannya suka bergurau kasar. Takut jika tersilap sentuh anggota tubuhku yang lain.

Aku yang dipesan hanya menurut kerana aku sedar Jung Hee jauh lebih mengenali kedua sosok teman anehnya berbanding aku.

"Hey Jung Hee, kau tidak lapar? Kulihat di sekolah tadi kau kurang makan, pantas saja lari kau tadi lebih perlahan dari kami berdua." Ujar Hyun Jae sambil tangannya mengotak ngatik remote mencari siaran yang ia suka.

𝙰𝙺𝚄 𝙱𝚄𝙺𝙰𝙽 𝙳𝙸𝙰;【𝐌𝐢𝐧 𝐇𝐨𝐨𝐧】✔️Where stories live. Discover now