BAB 40

132 5 0
                                    

"serius? "tanya Ariana dengan senyuman di wajahnya. Tengah tahan gelak sebenarnya.

"masuk je lah cepat, "kata Evie. Ariana ditolak masuk ke dalam lift. Memang tak lah aku nak naik lift pekerja! Entah apa ii!! Bersesak, berhimpit dalam tu!! Memang tak lah!!!

"kalau diorang terkejut macam mana? "tanya Ariana.

"kisah apa aku?! Nak pengsan ke, nak koma ke tu masalah diorang, "kata Evie. Hood dinaikkan. Kasut boots dibetulkan sedikit. Terpijak nanti jatuh cium lantai. Tengok ii gigi pun patah!

"jahatnya, "kata Ariana sambil menggelengkan kepala.

"sejak bila ada peraturan baru yang pekerja biasa boleh guna lift ni? "tanya Zack apabila dia melangkah masuk ke dalam.

Jeff tersenyum. Kau tak pandang belakang dulu ke bang? Mati sia ii nanti.

"entahnya diorang ni, "kata Haziq.

"kenapalah Wan ambil korang? "kata Raff.

Jeff menahan tawa.

"memandai mandai lah tu, "kata Aeden pula.

Evie dan Ariana memandang sesama sendiri. Benci sangat diorang ni. "tak apalah bagi kitorang turun dulu, "kata Ariana. Dia menahan diri untuk mengukirkan senyuman dan juga tertawa.

"haihhh.. It's bother you guys I guess, "kata Evie. Mereka berdua menunduk. Menapak keluar dari lift. Kepala diangkat naik, wajah mereka jelas menunjukkan mereka terkejut. Pintu lift ditutup oleh Jeff. Padan muka!! Hahhahah!!

"Evie?! Aria?!! Buka balik! Buka balik!! "kata mereka. Pandangan tajam diberi ke arah Jeff yang tersenyum.

Evie dan Aria pula bergegas ke arah tangga kecemasan sambil tertawa. Sengaja nak buat diorang fikir diorang nampak hantu pagi ii buta. Muahhahhahha!!! Bila cari balik dah tak ada!!

"tak boleh buka lah! "kata Ariana apabila dia mencuba untuk membuka pintu kecemasan itu semula. 

Mereka saling berpandangan. Nak menjerit tapi tempat ni soundproof.... Mereka menaik ke atas. Hingga ke aras pejabat mereka. Tinggi betul!

"basah dah ketiak aku!! Berpeluh!! "kata Evie. Hujung hoodie nya digunakan untuk mengelap muka yang berpeluh.

"agak ii lah gila. Orang lain dengar nanti buat malu je, "kata Ariana. Tak bertapis langsung dia ni. Pelik aku!

"tak ada orang lain pun. Tak nampak ke dari tadi kita je ada dekat sini? "kata Evie.

"dah tu yang tadi lalu sebelah aku pakai baju putih tu siapa? "tanya Ariana. Bulu romanya meremang. Lelaki berbaju putih itu sempat mengukirkan senyuman ke arahnya.

"syaitan!!!! "kata Evie.

"arghhhh!!!! "jerit Ariana. Pintu dibuka. Untung tidak berkunci. Mata ii memandang ke arah mereka. Sebuah senyuman terukir di bibir.

"pucat sial muka kau, "kata Evie.

"diam lah syaitan. Diri sendiri dah nak pengsan cakap orang pula, "kata Ariana. Perlahan mereka menuju ke bilik pejabat Wan.

Pintu bilik di buka. Wan terkejut melihat mereka yang tidak cukup nafas. Dengan peluh ii nya lagi. "marathon ke? "tanya Wan. Woww... Rajinnya. Dari rumah sampai syarikat?! Wowww!!

"haah kami diburu, "kata Ariana.

"jadi diorang dah tahu? "tanya Wan.

Evie menyorok di bawah meja Wan. Ariana pula masuk ke dalam almari.

The Mafia's QueenWhere stories live. Discover now