Prolog

4.5K 96 1
                                    

"Huff... Huff...huff..."

Alex memegang erat kesan tembakan pada bahu kirinya. Langkah diatur laju agar dia boleh melepaskan diri daripada buruan musuhnya.

Entah sudah berapa lama dia berlari membelah kepekatan malam. Darahnya yang hilang pun mungkin kalau ditimbang, boleh jadi sudah mencecah satu beg!

'Ciss! Macam mana kali ni aku boleh silap percaturan?!' Alex memarahi diri sendiri.

Tiba di satu blok bangunan, Alex lekas-lekas menyembunyikan diri pada satu lorong. Matanya meliar mencari sesuatu yang boleh dijadikan sebagai tempat persembunyian.

Saat Alex hampir buntu, hujung bajunya terasa seperti sedang ditarik seseorang. Sempat Alex pamer wajah pelik. Entah dari mana munculnya dua gadis di sisinya.

Gadis pertama yang berbadan agak berisi sedang memegang pintu sambil memerhati keadaan sekeliling. Manakala seorang lagi sudah berusaha untuk menariknya agar masuk ke dalam.

"Masuklah cepat, encik! Orang yang kejar encik dah dekat!" Gesa Si Gadis yang dari tadi jadi pemerhati.

Akhirnya Alex akur. Meskipun dalam keadaan panik, akal warasnya masih mampu berfungsi dengan baik. Dua gadis ini tidak punya niat yang buruk. Mereka hanya hendak membantunya.

"Tom, bawa dia ke belakang dan rawat mana yang patut. Aku handle semua dekat sini."

Diezel berpaling sekilas memandang adik perempuannya di belakang sebelum mencapai sebuah baldi berisi air sabun pencuci lantai. Sesudah itu, dia dengan pantas menyimbah kesan darah milik lelaki tersebut sebelum mula menyapu dan membersihkan semuanya.

Tidak sampai sepuluh minit, beberapa lelaki dengan pakaian serba hitam berlari menghampiri Diezel. Pada mulanya mereka hanya lalu lalang sambil cuba mencari sesuatu. Bila apa yang dicari kelihatan tidak ada di ruang mata, barulah Diezel dihampiri.

"Hoi! Kau ada nampak seseorang yang mencurigakan lalu dekat sini tak?"

Diezel lantas mengangkat pandangan. Wajah dipamer dengan ekspresi sekosong mungkin. 'Mesti lelaki tadi.' Fikir Diezel dalam benaknya.

Diezel menggeleng. Bahu dijongket ke atas. Sambil menyambung kerja membersihkan luar pintu kedainya, Diezel bersuara.

"Orang mana yang nak lalu belakang kedai ni? Setahu saya... Encik bertiga jelah yang mencurigakan sekarang ni."

"Psst....CCTV." Bisik salah seorang daripada mereka sambil menunjukkan beberapa kamera litar tertutup di sekeliling kafe milik Diezel.

Tanpa banyak soal lagi, mereka bertiga terus sahaja beredar dari tempat itu. Sempat dijeling arah Diezel yang hanya selamba mengemaskan kawasan luar kafenya.

Puntung rokok lantas diludah pada permukaan jalan. Bangunan kafe di depan ditenung tajam sebelum beredar dengan rasa tidak puas hati.

Diezel mengurut dada. Bagaikan tidak percaya dengan keberaniannya tadi. Orang gila sahaja yang tidak tahu mereka itu adalah sekumpulan penjenayah!

Diezel lantas berlari masuk ke dalam kafe. Sempat dia menoleh dan meliarkan pandangan sebentar sebelum menutup dan menguncikan pintu.

"I should go, miss. I'll only bring trouble to you guys." Alex menapak keluar dari bilik rehat. Lukanya masih belum dirawat. Hanna di belakang Alex ditenung sebelum kembali memandang jejaka itu.

"Saya tak boleh biarkan awak pergi macam ni. Lagipun, saya dah terlanjur libatkan diri. Baru tadi saya berhadapan dengan orang yang kejar awak."

Diezel meletakkan penyapu ditangan ke tepi sebelum mengesat tangan pada apronnya. Lengan baju juga disinsing hingga ke paras siku sebelum dia kembali menghadap Alex.

"With this kind of injuries..." Diezel berhenti lalu merenung Alex dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

"Nope. I can't. Ada sesiapa ke yang boleh jemput awak dekat sini? The thing is, the bad guy might still be nearby. There's no way you could face them in this state." Ujar Diezel.

Hanna mengangguk. Tanpa berlengah, dia menarik lengan Alex dengan perlahan kemudian diletakkan pada bahunya. Jejaka itu kemudiannya dibawa kembali ke bilik rehat sambil diiringi oleh Diezel di belakang.

"I doubt you still got your phone with you." Diezel berkata sekali lagi sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Alex.

Kini Alex hanya tersenyum sumbing. Nampaknya terpaksalah dia menuruti saja kemahuan Diezel. Telefon bimbit Diezel dicapai. Satu pesanan ringkas dihantar kepada rakannya sebelum telefon bimbit tersebut bertukar tangan.

"Kawan saya, Ian. Dia akan sampai tak lama lagi. Pintu tu biar terkunci. Never open it for anyone except for Ian."

Diezel mengangguk tanda faham.

Kira-kira setengah jam kemudian, beberapa ketukan kedengaran pada pintu belakang kafe. Diezel dan yang lain-lain sempat panik. Alex secara spontan berdiri di hadapan Diezel dan Hanna sambil mendepakan tangan.

"Ian here."

Alex melepaskan keluhan panjang. Dia menggosok kepala sebelum melangkah dan kemudiannya membuka pintu.

Susuk tubuh seorang jejaka yang lengkap berpakaian hitam dan berpelitup muka dipandang Diezel dan Hanna dengan rasa agak cemas. Alex mempersilakan jejaka itu melangkah masuk sebelum kembali menguncikan pintu.

"You okay? Gila kau. Macam mana boleh jadi macam ni?!" Jejaka yang bernama Ian hampir-hampir lupa dengan kehadiran Diezel dan Hanna. Mujur Alex sempat mengisyaratkannya agar tidak berkata melebih-lebih.

"Oh, my bad! I am really sorry! Thanks for saving my buddy here, miss..."

"Diezel. Dan ni adik saya, Hanna." Diezel terus memperkenalkan diri. Ian dan Alex mengangguk.

"Terima kasih banyak, Diezel. Hanna. I owe you guys my life."

Diezel hanya mengangguk bersama segaris senyuman. Begitu juga dengan Hanna.

"Encik Ian, bawa kawan awak ni ke hospital ya? Kami dah bagi rawatan kecemasan. Tapi rasanya dia dah hilang banyak darah and as you can see, his eyes need to be look at too."

Ian mengangguk. Alex dipandang sekilas.

"Sure. I will. And oh about what happen tonight..."

"It never happen. If you need it, I could hand over the CCTV recording. Saya rasa awak berdua akan perlukan benda tu." Diezel terus mencelah. Dia tahu itu yang hendak disampaikan oleh Ian.

Respon Diezel agak mengejutkan Ian dan Alex. Tak sangka mereka dengan respon positif Diezel.

"That is a great help for us, miss. Thank you so much! You can just forward the recording to my number."

Ian berkata sambil berjalan ke pintu belakang bersama Alex. Sempat juga matanya melirik ke ruangan kafe yang pada matanya sangat menenangkan dan sesuai dengan jiwanya.

"You got a nice place. We will return here to thanks you guys properly. I personally owe you guys a huge favour tonight."

"Thanks. Please return. But not in this kind of setup, okay? Alex? Be safe next time and get well soon."

Tawa halus Alex kedengaran. Ian di sisinya sempat pamer wajah hairan. 'Alex ketawa?'

"Thanks, Diezel. Hanna, terima kasih banyak-banyak sebab dah rawat luka saya, ya?"

Hanna tersenyum lalu mengangguk perlahan. Wajahnya merona merah bila dipandang seperti itu oleh Alex.

"Now we will take our leave. The area should be safe now. My men will stay around for tonight to guard this area." Kata Ian sebelum memegang tombol pintu. Dia dan Alex kini berada di luar. Diezel memandang ke kiri dan kanan.

"Thanks, Ian. Sekarang barulah lega sikit hati saya. Hati-hati ya! Datang lagi!" Ujar Diezel. Dia sempat mempelawa kedua jejaka misteri itu untuk kembali ke kafenya sebelum berlari kembali ke dalam.

"Nice job, Didie! Sekarang mari close up kafe." Celah Hanna dari sisi sebelum menyambung kembali kerja menutup kafe mereka.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now