Bab 8

1.1K 35 1
                                    

Hari ini Ian dan Alex bekerja lebih lewat daripada biasa. Selepas menerima makluman yang semua persiapan sudah selesai, mereka berdua terus ke bilik bawah tanah.

  Derap kaki mereka kedengaran dari jauh lagi. Dua individu yang masih tergantung pada rantai besi sesekali ditolak dengan bosan oleh dua orang bawahan Ian, Gora dan Hilmi.

  "Aku hairanlah. Kenapa bos nak kita culik dua orang ni dari tangkapan polis? Ni dah lari dari tugas lazim kita tau." Hilmi berkata. Gora ditenung sekilas sebelum memasang telinga bila suara kedua bos mereka sudah semakin jelas kedengaran.

  "Bos dah sampai." Katanya sebelum menepuk bahu Gora. Mereka berdua lantas beralih ke satu sudut. Memberikan ruang kepada Ian dan Alex untuk duduk di hadapan mangsa mereka.

  "Buka." Arah Ian sebelum melabuhkan punggung dan menghembuskan asap rokok ke depan. Sesekali Ian meregangkan tubuh sebelum dia kembali duduk dengan santai pada kerusi.

  Gora mengangguk lalu memberikan tunduk hormat kepada Ian sebelum bingkas berlari ke depan untuk membuka penutup kepala dari kedua individu tersebut. Sesudah itu, dia kembali beredar ke tempat asalnya.

  Ian masih lagi dengan puntung rokoknya. Alex dipandang sekilas sebelum kembali memandang dua individu di hadapan.

  "Macam mana? Mereka ke?" Ian menyoal. Alex tersengih lalu tertawa kecil. Kakinya diatur ke arah mangsa mereka di hadapan.

  "Aku dah kata kan yang ada seseorang yang sedang tunggu kau berdua?" Kata Alex.

  Ian di belakang menggeleng lalu tertawa. Maknanya memang betullah dua orang ini yang menyerang dan  hampir merogol Diezel dan Hanna.

  "Dengar sini, budak-budak Geng W.02."

  Ian mula berbicara. Dia berdiri dan mula melangkah ke depan. Tiba di depan, dia terus menentang pandangan anak mata mereka.

  "Lunar? Kau nak apa?! Kami tak ada kacau barang kau!" Bentak Mufi, salah seorang daripada penyerang Diezel. Di hujung ayatnya, dia sempat meludah tepat pada kasut Ian.

  Tindakan Mufi benar-benar diluar jangka. Gora dan Hilmi membuat muka kesal. Silap besarlah Mufi! Dia hanya membuatkan Ian semakin galak hendak menyeksanya sahaja!

  "Oi, kau... Kalau kau sayang nyawa, jangan buat benda bodoh macam tu." Tegur Hilmi sambil menggelengkan kepala. Dia menggosok belakang tengkuk kerana memikirkan dua lagi mayat yang bakal dilupuskan hari ini.

  "Biarkan dia, Hilmi. Dia sendiri yang tempah jalan ni." Balas Alex.

  Usai bersuara, Alex menarik keluar sebuah beg hitam yang besar ke sisi Ian. Bila dibuka penutupnya, lutut Mufi dan Cupu, rakannya mula terketar-ketar.

  "Wo...woii! Kau! Lepaskan kami! Tolonglah! Apa salah kami? Hah?! Apa?!" Rayu Cupu. Matanya mula meliar kerana terlalu takut akan nasib diri.

  "Jawapannya simple."

  Ian bangkit. Mencapai sebilah parang tajam yang masih berkilat pada bilahnya.

  Tanpa sebarang amaran, Ian terus sahaja melibas parang ditangan tepat ke arah kaki kanan Mufi. Jeritan Mufi kedengaran seperti muzik yang merdu pada Ian.

  "Kau patut bangga tau. Kau adalah orang kedua yang merasa mainan kesayangan aku ni." Kata Ian. Wajahnya yang tadinya masih tersenyum berubah bengis serta-merta.

  "Kau berdua dah kacau perempuan aku. Perempuan tu...hak milik aku! Kau dah faham?" Bentak Ian dengan wajahnya tegangnya.

  Alex tersengih. Masa macam nilah baru Ian hendak mengaku perasaan sebenarnya terhadap Diezel, fikirnya. Gora dan Hilmi pula tercengang. Pengakuan terbaru bos mereka ini memang gempak betul!

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now